Wednesday 8 February 2017

PEMUDA DI TANAH TANDUS

TAZKIRAH RINGKAS

Seorg pemuda lalu di sebuah negeri.. Kekecohan sedang berlaku..Lalu si pemuda pergi menyiasat..

Rupanya mereka dalam proses melantik Raja.. Yg peliknya.. Seorang pun x sanggup mjadi Raja atau Pemerintah negara tersebut.. Kerana syarat menjadi raja atau Pemerintah adalah...

Sesiapa yg dilantik menjadi Raja atau Pemerintah.. Dia akan dibuang negara di padang tandus selepas 10 tahun memerintah😯

Pemuda tadi mengangkat tangan.. "saya sanggup!"

Maka dia dilantik menjadi Raja /Pemerintah negara itu. Orang ramai mengatakan pemuda ini bodoh.. Hilang akal.. Tamak pangkat.. dan sebagaiinya.😰

Pada tahun pertama sang pemuda menjadi pemerintah.. Dia menghantar Orang untuk meninjau tanah tandus yang bakal dia dibuang selepas 10 tahun nanti..

Tahun kedua.. Pemuda mula menghantar jurutera utk membina jalan:

Tahun ketiga.. Menghantar expert dalam bidang pertanian untuk bercucuk tanam

Tahun ke empat engineer mula mendirikan bangunan² canggih..

Dan seterusnya.. Sehingga tahun ke 10..

Pemuda tersebut tidak sabar untuk dibuang negeri😄 Masanya tiba.. Beliau sudah bersedia.. Kerana.. Sang pemuda tahu..

Dia sudah mghntar "bekalan" terlebih dahulu sebagai persediaaan..

Kesimpulannya..

Ibarat hidup kita.. Kita tahu yg kita akan "dibuang" ke "tempat itu"

Sudahkah kita mengirimkan bekalan?
Adakah tempat itu masih padang tandus.. atau sudahkah kita semai benih-benih yang akan menjadi pohon rimbun?

Sudahkah kita kirim "bahan binaan" untuk membina sebuah mahligai yang akan kita diami? Atau biarkan saja ia kekal sebagai padang tandus..😪

ITULAH GAMBARAN AKHIRAT KELAK..

SUDAH SEDIA..???

Wallahu'alam والله اعلم

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...