Wednesday 8 February 2017

UBATI HATI ADA 5 PERKARA

Seorang wali Allah yg bernama Ibrahim Al-Khawas berkata "Ubat hati  ada lima perkara iaitu :

Image result for sholat malam

1) Membaca al-Quran sambil memahami maknanya

2) berpuasa

3) solat malam

4) berdoa pada waktu fajar

5) bergaul dengan orang-orang yg soleh



Kalau kita tidak segera mengubati hati yang sakit ia akan terus sakit. Suatu hari nanti, ia sampai boleh mati. Orang yang mati hati lebih berbahaya daripada orang yang mati jasad. Sebab orang yang mati jasad boleh segera dikuburkan.

Nak tahu hati kita sakit, kita tidak dapat merasakan manisnya beribadat, tidak tahan berlama-lama dalam aktiviti ibadah, sebaliknya kita sangat seronok melakukan maksiat. Seperti orang yang tengah sakit kulit, perkara yang paling nikmat adalah garu gatalnya hingga melukai diri sendiri.

Imam Tabiin iaitu Hasan Al-Basri pernah mengajarkan teknik semak kesihatan hati.. Ia berkata "rasakanlah kemanisan dalam 3 perkara iaitu : "

1)  ketika melakukan solat

2)  membaca al-Quran

3)  berzikir


Jika engkau merasakannya, maka bergembiralah. Namun jika kau tidak merasakannya, maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup..


Itu kata Imam tabiin mengenai cara untuk semak hati kita..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...