Monday 20 February 2017

NENEK MENCURI UBI

Seorang nenek telah di tangkap atas tuduhan mencuri ubi rebus (singkong). "Saya mencuri kerana ingin memberi kepada anak saya yang sangat lapar & cucu yang sakit dirumah".

Dengan kata mudah, mencuri kerana terpaksa. Ketua Hakim Marzuki kusyuk menatapi wajah nenek seolah-memikirkan sesuatu. Manakala pihak pendakwa raya menegaskan hukuman yang berat harus dikenakan, atas alasan ingin memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak mengulangi perbuatan wanita yang lanjut usia itu. Hakim Marzuki menarik nafas lalu menyatakan "maaf nenek saya tidak boleh membuat pengacualian terhadap undang-undang, maka nenek harus dihukum tanpa kompromi".

Nenek tunduk pasrah, tanpa disedari air mata menitis dicelah kedutan rautnya. Lalu Hakim Marzuki bersuara "dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak 1 juta rupiah atau penjara 2 tahun 5 bulan". Nenek tersebut seperti langsung tidak memikirkan tentang wang, kerana mustahil baginya mendapatkan wang yang tidak pernah dipegang seumur hidupnya.


Baginya tempat tinggal selepas ini adalah "tirai besi". Walau tiada kerelaan, dia terpaksa menerimanya. Munkin sisa hidup untuk bersama dan menjaga anak dan cucu yang sakit sudah menemui noktah. Bagi nenek tersebut walau terpaksa menempuh kesukaran hidup namun dia tetap gembira dengan adanya anak dan cucu.

Begitu tinggi nilai seorang anak dan cucu disisi nenek ini. Raut wajah seperti ingin meraung kesedihan kerana hilangnya semangat peneman hidup. Lalu Hakim Marzuki membuka topi dan memasukkan wang 1 juta rupiah kedalam topi tersebut dan berkata "tuan-tuan dan puan-puan, saya sebagai hakim juga menjatuhkan hukuman kepada ahli mahkamah minimum 50 rupiah seorang atas sebab membiarkan nenek, anak dan cucunya kelaparan".


Tukul diketuk sebagai tanda tamatnya perbicaraan. Hakim Marzuki meminta duit berkenaan dikumpul dalam topi yang sudah berisi wangnya tadi. Seluruh individu yang ada di mahkamah akur lantas memberikan wang yang diminta oleh Hakim Marzuki tadi, tanpa pengacualian. Segala berjalan seperti kehendaknya. Hasil dari kesemua kutipan sebanyak 3.5 juta rupiah diserahkan kepada nenek tersebut.

Lalu Hakim Marzuki meninggalkan mahkamah dengan tenang sambil mengukir sejuta senyuman. Nenek dilihat menadah tangan lalu berdoa "ya Allah.. masih ada insan yang bernama manusia dimuka bumi mu ini.

Moga kau rahmatilah hidupnya dan pengikutnya". Seluruh penghuni mahkamah memerhati nenek yang berpelukan bersama anak dan cucu dengan titisan air mata...


"Apabila KEMANUSIAAN menjadi budaya, maka KEHARMONIAN akan dirasa". "Apabila KEADILAN ditegakkan, maka matilah segala KETEGANGAN".

Moga kisah ini menjadi iktibar kepada kita supaya menjadi manusia yang merasa, bukan sebagai manusia yang membinasa. Insya allah.. Amin..

SILA TAMBAH PENGAJARAN jika ada, supaya perkongsian dapat dimanfaatkan oleh kita semua.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...