Wednesday 8 February 2017

"KELEBIHAN MENUNGGU SOLAT DIDIRIKAN."

RENUNGAN SUBUH

                   اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

Dari Abu Hurairah r.a dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Malaikat berselawat (mendoakan) keatas sesaorang kamu yang berada ditempat yang dia ingin bersolat selagi dia tidak berhadas (batal wuduknya) dengan doanya:

Ya Allah ampunkan la ia. Ya Allah rahmatilah ia".
H.R Bukhari dan Muslim.


PENGAJARAN

1. Antara cara untuk mendapat pahala tambahan bila mendirikan solat (berupa doa Malaikat) adalah datang lebih awal ketempat yang hendak didirikan solat (masjid, surau dll) sebelum iqamah.

2. Doa Malaikat adalah sangat mustajab kerana mereka adalah makhluk yang sangat patuh kepada Allah dan tidak pernah mengingkari perintah Nya.

Oleh itu janganlah disia-siakan peluang tersebut.

Wasallam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...