Saturday 11 February 2017

KITA TAHU TAPI KITA TAK PEDULI

▶ Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu utk berjemaah di masjid atau surau.

▶ Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yg berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

▶Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dgn pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

▶ Kita mengetahui, bahawa org yg berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

▶Kita mengetahui, bahawa siapa yg menjenguk org sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yg memintakan ampun utknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu org sakit pun minggu ini.

▶Kita mengetahui, bahawa siapa yg membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak utk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dgn beberapa ringgit.

▶Kita mengetahui, bahawa siapa yg membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti org yg berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau org yg solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorg pun anak yatim.

▶Kita mengetahui, bahawa org yg membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

▶ Kita mengetahui, bahawa haji yg mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat utk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

▶Kita mengetahui, bahawa org mukmin yg paling mulia adalah org yg paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

▶Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yg ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri utk hari itu.

▶Kita sering menyaksikan org yg meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dgn senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.

Saya telah mengirimkan nasihat ini kepada semua org  islam kerana Allah, maka kirimkanlah nasihat ini kepada org yg kita cintai.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...