Friday 13 September 2013

MP: Kurang cukai kereta, baru naik harga minyak

Rakyat tidak boleh berkompromi apabila kerajaan BN menaikan harga minyak sedangkan mereka terpaksa membayar "lebih kurang sekali ganda" cukai kereta berbanding rakyat negara lain, kata ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Mengulas laporan akhbarThe Edgeberhubung harga kereta di Malaysia adalah kedua tertinggi di dunia, Rafizi menyifatkan perkara itu "tidaklah mengejutkan".

"Struktur cukai kereta yang melampau tingginya menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar harga lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain.

"Sebab itu rakyat tidak boleh berkompromi apabila Barisan Nasional menaikkan harga minyak kerana ia tidak adil di kala cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah antara yang tertinggi di dunia," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...