Tuesday 6 May 2014

MB Ucap Takziah Kehilangan Allahyarham Aziz Sattar

SHAH ALAM 6 MEI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan takziah kepaada keluarga Datuk Abdul Aziz Sattar yang meninggal.
“Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham seniman Datuk Aziz Satar yang telah pergi awal pagi tadi. Moga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya,” kata Abdul Khalid di twitternya.
Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam facebooknya turut menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarganya. 
“Bagi pihak parti PKR.. Salam takziah diucapkan kepada seluruh anggota Datuk Aziz Satar, di atas pemergian beliau di Hospital Kajang hari ini.
“Allahyarham antara seniman agung yang banyak menyumbang kepada kegemilangan industri perfileman negara, Al-fatihah,” kenyataan Wan Azizah dipetik.
Bintang filem legenda Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia di Hospital Kajang awal  pagi tadi selepas mengalami serangan jantung.
seniman-bujang-lapok-01Pelakon protagonis dan pelawak dalam filem Bujang Lapuk itu meninggal dunia pada kira-kira pukul 2 pagi, menurut anak perempuannya Sandakiah Aziz.
Allahyarham berlakon bersama seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin ebagai trio Bujang Lapuk, pada tahun 1950-an.
Jenazahnya dibawa dibawa pulang ke kediaman Allahyarham di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana selepas Zuhur hari ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...