Thursday 3 July 2014

Rakyat Puji Kecekapan Abdul Khalid Urus Selangor, Mampu Beri Bonus Sebulan

SHAH ALAM, 3 JUL: Pengumuman pemberian bonus Aidilfitri sebulan gaji kepada kakitangan awam Selangor oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disambut baik golongan itu.

Kebanyakan mereka melahirkan kegembiraan atas keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantu membuat persiapan menyambut Aidilfitri hujung bulan ini.
Dalam tinjauan laman sosial Facebook Abdul Khalid, kakitangan awam berkongsi kegembiraan terbabit, bahkan kegembiraan itu turut diluahkan masyarakat luar Selangor.
mb khalid pelabuhan klang calon 01Tidak kurang juga yang membandingkan bonus Kerajaan Negeri itu dengan pemberian saguhati RM500 daripada Kerajaan Pusat.
Guru KAFA, Nordiana Kasmir mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan menganggap pengumuman itu adalah berita baik bagi semua kakitangan awam.
“Alhamdulillah, berita baik unttk semua penjawat awam dan bagi kami guru KAFA selangor,” katanya.
Bagi Buana Mahawangsa pula, pemberian bonus setiap tahun oleh Kerajaan Negeri itu menunjukkan hasil perubahan terbaik rakyat Selangor yang dilakukan bermula Pilihan Raya Umum 2008 (PRU-8).
“Terbaik…semenjak merdeka, hasil perubahan di pilihan raya umum 2008 oleh rakyat selangor,” katanya.
Penduduk Bukit Botak 02Manakala, Mohamad Yazid Mohamed pula mengucapkan tahniah kepada rakyat Selangor kerana mempunyai pemimpin yang memperjuangkan kebajikan rakyat.
“Aku orang Johor ni tidak tahu bila boleh dapat pemimpin macam di Selangor….Tahniah pada rakyat Selangor yang miliki pemimpin yang perjuangkan untuk rakyat…moga Allah merahmati dan beri barakah ke atas sekalian daripada kita,” katanya.
Datuk NurZhani Harun pula yakin di bawah pentadbiran Abdul Khalid, Selangor mampu menjana lebih banyak keuntungan pada negeri itu.
“Alhamdulillah walaupun saya bukan kakitangan Kerajaan Selangor tapi saya yakin di bawah pemerintahan Tan Sri mampu menjana lebih banyak keuntungan kerana walaupun saya tidak pernah bekerja engan beliau tetapi saya tahu beliau adalah seorang yang amat berhati-hati di dalam soal perbelanjaan dan urusan yang membabitkan kewangan,” katanya.
Sementara itu, Rusydi Kudus Abdullah menganggap saguhati RM500 yang diberikan Kerajaan Pusat diibaratkan sebagai wang ihsan dan gula-gula seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
mbsi“Ingatkan bonus sebulan gaji rupanya wang ihsan RM500. Macam gul-gula BR1M, Najib bagi kepada penjawat awam, bagi RM500 tetapi dia ‘balun’ berbilion,” katanya.
Semalam, Abdul Khalid mengumumkan pemberian bonus itu kepada kakitangan awam dengan peruntukan RM32.7 juta oleh Kerajaan Negeri.
Bonus itu diberikan ekoran laporan kewangan negeri menunjukkan pertumbuhan kutipan hasil dari tahun lalu sehingga 30 Jun 2014.
-NFN-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...