Monday 29 September 2014

Model Baru Perodua Axia - Harga Dari RM24,600!


Berita baik buat rakyat Malaysia! Model terbaru Perodua 2014 bagi menggantikan Perodua Viva iaitu Perodua Axia kini telah dilancarkan secara rasminya (15 Sept 2014). Harga bermula dari serendah RM24,600! Dapatkan Perodua Axia Baru anda hari ini...

Model Baru Perodua Axia
Teaser Perodua Axia 

Tempahan (booking) Perodua Axia baru ini boleh anda lakukan sejak dari hari Jumaat (15 Ogos 2014)  disemua 180 pengedar rasmi Perodua diseluruh Semenanjung Malaysia dengan bayaran sebanyak RM250 ~ RM300 bergantung kepada variant yang anda tempah. Selain dari itu anda boleh juga melayari website : http://www.perodua.com.my/ untuk membuat tempahan secara online.

Kini Produa Axia telah dilancarkan secara rasmi (15 Sept 2014). Kepada mereka yang membuat tempahan awal... sudah pastinya anda akan menjadi antara pemilik terawal Perodua Axia baru ini dijalan raya. 

Terdapat empat variant Perodua Axia yang akan dikeluarkan iaitu Standard E (variant asas yang berharga RM24,600), Standard G, Special Edition (SE) dan Advance. 

Satu lagi berita baik yang diumumkan Perodua adalah buat pertama kalinya, Perodua memberikan jaminan selama 5 tahun untuk model Perodua Axia ini.

Perodua Axia
Axia 1.0 SE & Advance 

Perodua Axia
Axia 1.0 E & G 

Model Baru Perodua Axia
Perodua Axia 

Perodua Axia - Model Terbaik Perodua

Perodua Axia adalah model kenderaan ke 10 keluaran Perodua dan ianya menjadi satu kebanggaan dan penanda aras baru buat pengguna kenderaan di Malaysia. Perodua Axia merupakan sebuah kereta kompak yang kompetitif dengan memberikan banyak kelebihan dan keistimewan kepada pengguna. 


Walaupun dalam kategori kereta kompak namun Perodua Axia tetap memberi keselesaan dengan ruang yang luas, mudah dikendalikan, lebih ekonomi dari segi penjimatan bahan api dan kos kendalian serta lebih mesra alam sekitar. Inilah pilihan terbaik yang ditawarkan oleh Perodua kepada pengguna pada harga mampu milik dan berpatutan.

Kelebihan & Keistimewaan Model Baru Perodua Axia
Perodua Axia - kompak tapi terbaik!
viva vs axia
Viva vs Axia

viva vs axia
Viva vs Axia

Jika anda mahu menjadi diantara yang terawal untuk memiliki model terbaru Perodua Axia ini, tempahlah segera. Dijangkakan Perodua Axia ini akan mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi serta bakal menjadi model terlaris Perodua yang selama ini dikuasai oleh model Perodua Myvi apabila dilancarkan secara rasmi kelak.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...