Wednesday 8 October 2014

APAKAH PERBEZAAN BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) DAN PERBADANAN PENGURUSAN (MC)?



Pada asasnya, penyelenggaraan bangunan tempat tinggal tinggi kini adalah tanggungjawab para pemilik unit-unit di situ. Sendiri punya unit rumah, sama-sama pemilik kena selenggara.


Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007 telah mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata.



JMB adalah merupakan badan yang mentadbir bangunan dalam tempoh interim iaitu selepas pemilik mendapat kunci, tetapi belum mendapat hakmilik strata. Ia boleh dianggap sebagai 'pentadbir sementara."

MC pula adalah badan pengurusan bangunan yang telah mendapat hakmilik strata (mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan). Badan ini adalah berfungsi sebagai 'pentadbir kekal.'

Terkini 3 Julai 2013: Muat turun Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757](Bahasa Melayu). Penguatkuasaan Akta 757 ini akan memansuhkan Akta 633.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...