Suatu pagi, seorang anak gadis bertanya pada ibunya :
"Ma...mama selalu terlihat cantik...Aku ingin seperti Mama, tolong beritahu aku caranya, Ma..."
*Dengan tatapan lembut dan senyum haru, sang Ibu menjawab :*
*÷ Untuk bibir yang menarik, ucapkanlah perkataan yang baik..*
*÷ Untuk pipi yang lesung, tebarkanlah senyum ikhlas kepada siapa pun..*
*÷ Untuk mata yang indah menawan, lihatlah selalu kebaikan orang lain..*
*÷ Untuk tubuh yang langsing, sisihkanlah makanan untuk fakir miskin..*
*÷ Untuk jemari tangan yang lentik menawan, hitunglah kebajikan yang telah diperbuat orang kepadamu..*
*÷ Untuk wajah putih bercahaya, bersihkanlah kekotoran batinmu..*
*Anakku..*
*÷ Janganlah sombong akan kecantikan tubuh, kerana itu akan pudar oleh waktu... Dan ingatlah bahawa kecantikan perilaku tidak akan pudar walau oleh kematian...*
*÷ Biasakanlah untuk mengucapkan empat kata kepada siapapun dengan santun : terima kasih, maaf, tolong dan salam..*
*÷ Jika kamu benar, maka kamu tidak perlu marah...*
*÷ Jika kamu salah, maka kamu wajib minta maaf...*
*÷ Kesabaran dengan keluarga adalah kasih...*
*÷ Kesabaran dengan orang lain adalah hormat...*
*÷ Kesabaran dengan diri sendiri adalah keyakinan...*
*÷ Kesabaran dengan Allah adalah Iman...*
*÷ Jangan terlalu mengingat masa lalu, kerana hal itu akan membawa air mata...*
*÷ Jangan terlalu memikirkan masa depan, kerana hal itu akan membawa ketakutan...*
*÷ Jalankan saat ini dengan senyuman, kerana hal itu akan membawa keceriaan...*
*÷ Setiap ujian dalam hidup ini akan membuat kamu pedih atau lebih baik...*
*÷ Setiap masalah yang timbul akan menghancurkan atau menguatkanmu...*
*÷ Pilihan ada padamu, apakah kamu akan memilih menjadi korban atau pemenang...*
*÷ Carilah hati yang indah dan bukan wajah yang cantik...*
*÷ Hal-hal yang indah tidak selalu baik, tapi hal-hal yang baik akan selalu indah..."*
Nasihat...
🌸 untuk ku
🌴 untuk kamu
💐 untuk kita semua
Semoga bermanfaat...
No comments:
Post a Comment