Monday 16 April 2018

ADAB BERNIAGA

🍀 Adab-adab berniaga menurut pandangan Islam adalah sebagai berikut (3):

👨‍💼 Peniaga tidak boleh bersumpah atas nama perniagaannya. Kadang-kadang seorang peniaga bersumpah bahawa barang yang dijualnya dijamin bagus sehingga menyebabkan pembeli tertarik dengan barang yang dijualnya. Padahal perkara seperti ini tidak dianjurkan dalam agama kita kerana suatu hari nanti barang tersebut akan mengalami kerosakkan maka akan merugikan dan telah menipu pembelinya.

👨‍💼 Nabi Muhammad saw berkata: “Ada empat golongan orang yang termasuk dalam mengerjakan perbuatan yang baik :

Golongan pertama, pembeli tidak menghina barang yang dibelinya.

Golongan kedua, penjual yang tidak memuji-muji barang yang dijualnya.

Golongan ketiga, penjual yang tidak menipu.

Golongan keempat, penjual yang tidak bersumpah atas nama perniagaannya.

👨‍💼 Dari hadis diatas kita banyak menemui bahawa peniaga yang memuji-muji barang perniagaannya dengan pujian yang tinggi sehingga dapat menarik pembeli  untuk meraih keuntungan yang lebih.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...