Wednesday 30 May 2018

SURAH AL KAHFI

Assalammualaikum....

SURAH AL KAHFI

Jabatan Agama Islam Negeri Johor mengeluarkan pekeliling untuk masyarakat Negeri Johor membaca Surah Al-Kahfi pada setiap pagi Jumaat di masjid dan surau.


Apa rasionalnya?

Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)

Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith)

Ha, ini yang selalu disebut-sebut kan?

Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar? 


Pernah terfikir kenapa?

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

1) Pemuda gua (ashabul kahfi)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa dan Khidir AS
4) Zulqarnain


Ramai tahu perkara ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal.

Betul tak?

So here we go 

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:

Pemuda gua - Fitnah aqidah/iman
Pemilik kebun - Fitnah harta
Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
Zulqarnain - Fitnah kekuasaan

Guess what? 4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! 


Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan dajjal?

Di sinilah relevannya  baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya brcerita, tapi bagi *solusinya* juga!


Bagaimana?

*Fitnah aqidah* - bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat

*Fitnah harta* - mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal, rezeki dan kelebihan datang dengan izin Allah, dan banyak mengingati mati/akhirat.

*Fitnah ilmu* - kena tawadhu'/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak SOMBONGG untuk menuntut ilmu dari Khidir*

*Fitnah kekuasaan* - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah


Tapi ada yang lagi mind blowing

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang *lebih dahsyat* lagi.

Tema utama surah ini ialah DAKWAH!

Tak percaya? Hehe.


Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu *dakwah*?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga *dakwah*?

Dan bukankah Zulqarnain *berdakwah* kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya? ✨

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu *berdakwah*. And it makes complete sense!

Dengan *berdakwah* lah, kita dapat *menjaga diri* kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.


Marilah kita mengajak manusia kepada amar makruf dan nahi mungkar nak jadi umat yg terbaik? Ini lah cara nya. Perkataan yg paling Allah suka iaitu ajak manusia kpd Nya.

Aslih nafsak, wad'u ghairak! 

Orait kita beralih ke fitnah dajjal.


Ada 4...

Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.

Bagaimana?

*Fitnah Iman* :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan orang mati dan nacam-macam lagi.

*Fitnah Harta* :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikutnya.

*Fitnah Ilmu*:
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

*Fitnah Kuasa* :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).


So dah nampak tak *macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal?* It makes sense right?

Jadi lepas ni, bila baca surah al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan!

Sebab semua fitnah Dajjal tu in a way dah ada pon zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.

Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah fitnah lain!


Maka marilah

kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!

Ajak lah manusia kpd Allah..ada di antara manusia yg kita kenal atau tak kenal, sayangi lah manusia2 itu yg tak kenal Allah. Paling tidak pun doa kan mereka agar mereka akan sembah Allah sebelum mereka mati
Ada di antara org yg kita kenal atau tidak kenal itu pula ada yg sudah pun Islam, namun jauh dari agama, tidak mengamal kan agama.


Ingat, semua Nabi dan Rasul telah di hantar kpd manusia pada setiap zaman di seluruh dunia. Allah beri tugas kpd mereka adalah *berdakwah*. Dengan perantaraan dakwah, maka Allah bimbing manusia dgn *Hidayah*. Hari ini, manusia pelbagai bangsa di seluruh dunia ini adalah umat Muhammad s.a.w. dan umat ini mewarisi kerja Nabi tersebut. Dan kerja itu adalah ajak manusia kepada Allah swt. 


Kerja Dakwah

Kerja ini adalah misi Nabi kita kepada semua manusia, sampai lah kpd manusia yg terakhir lahir sebelum saat nya kiamat. 23 tahun Rasulullah s.a.w.tarbiyah sahabat2 baginda. Sahabat sahut dan hanya 10 000 sahaja sahabat di kebumikan di Madinah dan Makkah. Di beritakan ada 114 000 lagi para sahabat telah tinggal kan bumi Hijaz utk bawa manusia kepada Allah. Mereka faham tuntutan ini.


Berazam lah utk sahut dan sambut kerja ini di saat dunia ini telah tiba masa nya menyaksikan kehadiran dajjal dan solusi nya ialah buat kerja dakwah tetus menerus. Semoga roh surah Al Kahfi ada dlm jiwa setiap dari kita.

Wallahu aqlam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...