Wednesday 29 May 2019

RAMADHAN TERAKHIR

Amira Yusoff:
Jika umat dan para sahabat Nabi Muhammad saw terdahulu menangis di saat hari hari terakhir ramadhan tetapi umat nabi saw kini semakin tidak sabar pula meninggalkan ramadhan. Itulah perbezaan  kita dengan umat islam dulu dan umat islam kini.Mereka bimbang jika ini ramadhan terakhir dan bimbang takut2 ibadah sebulan mereka lakukan satu pun tidak di terima Oleh Allah di akhirat kelak.

Bayangkan jika kita sudah bertemu ramadhan kali ke 30, kali 40 , kali 50 Malah kali 80 tapi satu pun ibadah puasa kita tidak di terima Oleh Allah.. nauzubillah. Bertapa ruginya Kita sebagai manusia masa itu.. jadi ambil kesempatan yang masih ada untuk pertingkatkan amalan kepada allah... yang baik kekalkan sehingga bertemu ramadhan akan datang.

Pesanan Ustazah Asma Harun  yang saya tonton di FBlive pada  28.5.2019 tentang tajuk "Penghayatan Aidilfitri"

Antara kesilapan kita di Aidilfitri ialah:

1. Solat awal waktu dan  Solat berjemaah.

Bagi Perempuan jangan jadi alasan untuk solat lambat kerana sibuk layan tetamu, bahkan ada yang meninggalkan solat di hari raya.

Bagi lelaki kekalkan solat berjemaah di masjid. Hidupkan suasana masjid walaupun hari raya. Banyak rumah allah sunyi pada 1 syawal. 

Melayan tetamu adalah wajib tetapi tetamu teragung adalah allah, minta keizinan secara berhemah dari tetamu. Dan jika berkunjung elak datang pada solat fardhu atau selesaikan dahulu ibadah wajib kita.

2. Tidak membersihkan diri dengan sempurna.

Ramai dikalangan wanita yang bersiap cantik di hari raya, make up, dengan fesyen tudung dan bermacam2 lagi.. boleh dikata A to Z perfect. Mana  x cantik sebab bersiap dari subuh lagi. Jadi, bila solat pastikan segala make up tadi dicuci dengan sempurna , risau wuduk tidak sah. Ramai anak remaja masa Kini meninggalkan solat takut make up rosak. Kekadang solat tapi wuduk tidak sempurna.

Selain itu, pesanan yang perlu ditekankan , mengsucikan diri dengan sempurna, mana mungkin kita terkeluar air wadi dan keputihan kerana terlalu penat beraya. Jadi cuci terlebih dahulu sebelum solat, sebab kita beraya kita x bawa Baju sparekan?.

Jika kita boleh bersiap untuk manusia berjam2 kenapa bila bersiap untuk Allah kita x boleh. Tepuk dada Tanya iman.

3. Pakaian ketat.

Trend zaman Sekarang bukan perempuan Sahaja yang pakai pakaian ketat. Malah lelaki pun tidak terkecuali, pakai jubah tapi nampak susuk badan. Pakai seluar tapi nampak seluar kecik. Berdosa wahai lelaki jika pemakaian anda boleh menaikkan syahwat para wanita. Kalau tidak tiada wanita, mak orang, isteri orang , anak Dara duk komen dalam FB sampai "pecah ovari".

Para wanita lebih lagi, labuhkan tudung anda , jangan tunjuk dada, jangan pakai pakaian jarang dan ketat. Jika ramadhan kita boleh jaga pemakaian kita. Bulan syawal kekalkannya.Ciri ciri orang yang bertaqwa bilamana mereka boleh kekalkan momentum 1 bulan untuk ke 11 bulan berikutnya.

4. Bacaan Al Quran.

Yang nie memang biasa dan terjadi seawal 1 syawal lagi. Jika bulan ramadhan kita pulun sehari wajib baca al Quran 1 juzuk tetapi masuk je 1 syawal al Quran pun ditinggalkan. Bacalah 1/2 muka al Quran pun,tapi jangan sampai tinggal terus. Jika terlalu sibuk beraya bawa al Quran dan baca dalam kereta. Jika susah or pening baca dlm kereta buka aplikasi al Quran dalam telefon atau dengar baca alquran dalam YouTube atau CD al quran. Pilih mana2 surah yang jadi kelaziman kita.

Mendengar lagu raya tidak salah tapi langsung tidak mendengar al Quran itu yang bersalah.

5.Pergaualan bebas di Aidilfitri

Aurat
Jaga aurat terutama wanita, aurat sesama ipar  duai.. kekalkan penjagaan aurat sama pada pada ajnabi. Aurat yang biasa terdedah ialah kaki, tudung mungkin kita boleh kekalkan 24 jam tapi kaki? X kan nak pakai sarung kaki 24 jam, perempun nie banyak kerja di dapur..jika mengalami kesukaran para ulamak membincang isu aurat kaki,haruslah melabuhkan pakaiannya dan menjaga langkahnya. Tetapi jika boleh kekalkan auratnya seperti diluar itu lebih baik.

Ini pesanan kepada lelaki, kebanyakkan tugas orang Perempuan di dapur, dan cuci pinggan itu wajib, elakkan diri untuk ke dapur walaupun nak cuci tangan sebab mereka ini, akan terselak lengan Baju mereka. So, nk cuci tangan cari sinki lain..😄

Bersalaman.
Isu bersalaman,peranan ibu bapa yang mana patut bersalam dan tidak. Jangan rosakkan anak2 kita. Bagi pemahaman yang betul. Kalau boleh bagitau terus jika ke rumah orang yg ada kaitan keluarga,  ini rumah Pak long contohnya, Pak long dan mak long boleh Salam tapi dengan anak Perempuan mak long, abg Amir jangan Salam yea.

Tidur di kampung
Isu bermalam di kampung halaman memang wajib bagi mereka pulang ke kampung,jadi bila semua balik kampung, ruang tamu jadi tempat tidur , yelah rumah dikampung ada 2,3 bilik je, bila balik kampung 8 keluarga berkumpul, jadi semua keluarga tidur sekali/ beramai2. Maaf perlu tekankan di sini, isu sumbang mahram berlaku bermula disini, bilamana semua tidur Tanpa disedari ada kain yang terselak walaupun dari cahaya samar2..maka, untuk mengelakkan perkara lebih serius berlaku, ibubapa, orang yang lebih tua kena main peranan, kalau boleh asingkan tempat tidur. Kaum Adam  semua tidur diluar iaitu di ruang tamu dan kaum hawa tidur di bilik. Jika tidak mampu juga... wujudkan tirai bagi menghalang antara keluarga masing2. Kaum Adam kena berusaha keras untuk mempertahankan aurat ibu, isteri dan anak2 kita.

Semoga 1 syawal yang bakal kita raikan nanti lebih bermakna Dari syawal sebelum ini. Jika kita ingin jadi baik ajak orang lain jadi baik jua.

SILA SHARE dan COPY pesanan Dari Ustazah Asma Harun kerana pesanan secara kasih sayang ini menjadi asbab kita antara 7 golongan yang dapat naungan Allah di akhirat kelak. Aamin.

Hamba Allah,
❤️Amira Yusoff❤️
25 ramadhan 1440
Khamis 30 Mei 2k19

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...