Wednesday 4 September 2019

REZEKI ANAK

DIBERIKAN REZEKI ANAK


Tenanglah Soal Rezeki | Amal Madinah


Assalamualaikum w.wbt....

Status ini mungkin agak "Keras" sebab saya secara peribadi TIDAK SETUJU.


Tidak Setuju dengan Apa? Anda Baca Sampai Habis....
Mungkin anda biasa dengar Statment "SETIAP ANAK ADA REZEKINYA"
Dan Alasan ini sering digunakan oleh Mereka yang mempunyai RAMAI ANAK (Tidak Semua)

Persoalannya apakah yang dimaksudkan "REZEKI" tersebut?
Adakah rezeki tersebut ianya Duit? Adakah rezeki tersebut ianya Bila dia Dewasa Jaminan utk Membalas Jasa? Atau apa yang dimaksudkan? sehingga kini Aku masih xmenemui jawapannya!!

Sebenarnya, Tidak Terkecuali pada aku sendiri yg sering di "NASIHATKAN" dengan statment tersebut kononnya Adalah Lebih baik ANAK RAMAI kerana anak adalah Rezeki dan Mereka Ada Rezeki Masing2!!!

Oh, ye...Untuk Makluman aku dah ada 5 Orang anak bersama Isteri Kesayangan Norlina Jamdi....dan cukup 5 Orang...xnak tambah lagi walaupun "NASIHAT" tersebut seringkali memecahkan Gegendang Telinga Aku...

Aku nak ceritakan Seorang Klien aku yang pernah mendapatkan Khidmat Profesional beberapa tahun lepas... Pasangan ini mempunya 12 orang anak...dan sudah tentu bila bercerita bab ANAK RAMAI statment tersebutlah akan digunakan sebagai Mechanisme Pertahanan Diri! Pasangan ini sering bergaduh sebab hal2 berkaitan Tanggungjawab terhadap anak2...dan suka saya nyatakan bahawa Pasangan ini tiada sebarang masalah dalam KEWANGAN kerana kedua-duanya Peniaga yang Berjaya. 

Lebih parah lagi beberapa orang anak mereka yang telah dewasa menjadi PUNCA MASALAH dalam keluarga. Salah seorang menjadi Penagih DADAH, seorang menjadi Remaja Liar dan beberapa orang lagi telah mula memberontak walaupun masih kecil. Adakah itu yang dimaksudkan REZEKI? Saya kira, anda boleh menilai apa sebenarnya masalah pasangan ini.

Wahai Sahabat-sahabat di luar sana, janganlah disebabkan statment tersebut yang diambil secara MEMBUTA kononnya daripada AGAMA yang berbunyi "Setiap yang Lahir telah ditentukan REZEKINYA" sehinggakan kita TERLUPA perkara yang LEBIH PENTING yang merupakan REZEKI ANAK ITU YANG SESUNGGUHNYA.


Rezeki Bukan Hanya Pada Duit. Ini 10 Jenis Rezeki Allah Untuk ...

PERKEMBANGAN POSITIF ANAK Adalah REZEKI!

*EMOSI POSITIF ANAK adalah REZEKI!*
*PEMIKIRAN WARAS ANAK adalah REZEKI!*
*TINGKAH LAKU SOPAN ANAK adalah REZEKI!*
*KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI ANAK adalah REZEKI!*
Jangan Kita Terlupa Hal Penting ini, Semata-mata berpegang kepada "STATMENT" tersebut. Apa guna ANAK RAMAI jika perkara-perkara tersebut terabai yang sebenarnya REZEKI anak kita SESUAI UMUR MEREKA!

Sedarlah kita wahai Sahabat Semua....ANAK ADALAH REZEKI, dan ANAK JUGA ADA REZEKINYA.... Tapi Ramai atau Tidak Ramai Anak bukan penentu REZEKI KITA kalau kita mengabaikan PERKEMBANGAN POSITIF ANAK kita.
*Kemenjadian Anak Adalah REZEKI yang Sesungguhnya*



Sebar-sebarkan!
Sekian,
Rinatho Nunchi @Kaunselor Ryan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...