Tuesday 9 February 2021

SETIAP AMAL SOLEH ADA KEBAIKAN

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Setiap Amal Soleh Ada Kebaikan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَقَالَ رَجُلٌ لأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ‌‏ فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدِ سَارِقٍ فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ عَلَى سَارِقٍ‏.‏ فَقَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ لأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ‏ فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدَىْ زَانِيَةٍ فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ اللَّيْلَةَ عَلَى زَانِيَةٍ‏ فَقَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى زَانِيَةٍ لأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ‌‏ فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدَىْ غَنِيٍّ فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ عَلَى غَنِيٍّ فَقَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى سَارِقٍ وَعَلَى زَانِيَةٍ وَعَلَى غَنِيٍّ‏ فَأُتِيَ فَقِيلَ لَهُ أَمَّا صَدَقَتُكَ عَلَى سَارِقٍ فَلَعَلَّهُ أَنْ يَسْتَعِفَّ عَنْ سَرِقَتِهِ وَأَمَّا الزَّانِيَةُ فَلَعَلَّهَا أَنْ تَسْتَعِفَّ عَنْ زِنَاهَا وَأَمَّا الْغَنِيُّ فَلَعَلَّهُ يَعْتَبِرُ فَيُنْفِقُ مِمَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ

Daripada Abu Hurairah RA Rasulullah SAW bersabda: "Ada seorang laki-laki berkata,: Aku pasti akan bersedekah. Lalu dia keluar dengan membawa sedekahnya dan ternyata jatuh ke tangan seorang pencuri. Keesokan paginya orang-orang ramai membicarakan bahawa dia telah memberikan sedekahnya kepada seorang pencuri. Lelaki itu pun berkata : ‘’Segala puji bagi Mu ya Allah aku telah bersedekah.’’. Kemudian dia keluar dengan membawa sedekahnya lalu ternyata jatuh ke tangan seorang penzina. Keesokan paginya orang-orang ramai membicarakan bahawa dia tadi malam memberikan sedekahnya kepada seorang pezina. Maka orang itu berkata, lagi: ‘’Ya Allah, segala puji bagi-Mu, aku telah bersedekah.’’ Kemudian dia keluar lagi dengan membawa sedekahnya lalu ternyata jatuh ke tangan seorang yang kaya. Keesokan paginya orang ramai membicarakan bahawa dia memberikan sedekahnya kepada seorang yang kaya. Maka orang itu berkata,: ‘’Bagi-Mu segala pujian ya Allah’’ (ternyata sedekahku jatuh) kepada seorang pencuri, pezina, dan orang kaya. Maka dikatakan kepada lelaki tersebut: ‘’Sedekah kamu kepada pencuri itu mudah-mudahan akan menyebabkan dia berhenti mencuri. Sedekah kepada penzina pula mudah-mudahan menyebabkan dia berhenti dari perbuatan zina. Manakala sedekah kepada orang kaya pula mudah-mudahan dia akan mengambil pengajaran, lalu dia juga turut membelanjakan apa yang telah Allah kurniakan kepadanya.’’ (HR Bukhari No: 1421) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sesuatu amal soleh itu tetap mempunyai kesan yang positif walau kepada siapa ia ditujukan, asal sahaja si pelaku melakukannya dengan ikhlas.

2.  Walau pun mengenal pasti sasaran dakwah itu penting, namun jangkaan kita tidak semestinya benar. Justeru kita janganlah terlalu berkira mengenai siapa yang menerima amal soleh itu kerana ia tetap akan memberi kesan yang positif.

3.  Jangan merasa kecewa jika usaha dakwah kita gagal mengena sasaran.  Jangan berputus asa dari melakukan amal soleh disebabkan kesilapan dan ketidaksempurnaan yang berlaku dalam amal kita.

4.  Kemungkaran ia berubah dengan pelbagai cara. Boleh jadi seorang yang mencuri bukan kerana dia mahu mencuri dan begitulah juga dengan seorang pelacur. Sehingga apabila dia mempunyai alternatif lain untuk hidup, dia akan meniggalkan perbuatan berkenaan. Orang yang bersedekah seperti ini, mungkin menyelamatkan golongan tersebut dari kemungkaran berterusan bukan dengan mencela orang tersebut atau menghukumnya.

5.  Sebagai Muslim dan pendakwah, jangan berputus harap berhadapan dengan golongan ini. Justeru jangan mengabaikan mereka dari usaha dakwah kita. Teruskan usaha kita tanpa menghirau apa orang lain kata.

10hb Februari 2021
28hb Jamadil Akhir 1442H

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...