Friday 2 July 2021

SEMOGA KITA MENGAMBIL PENGAJARAN AKHIR ZAMAN INI

*Maka, benarlah kata Allah dan Nabi.*

*"Suatu saat nanti, umat-Ku akan terhalang untuk melakukan perkara-perkara baik."*

*Dan inilah zamannya, yang sedang kita lalui.*

*Kawan,*

*Lupakan sebentar asbab wabak atau SOP.* *Sesekali, pandang realiti.*

*Ya. Kita sedang melaluinya. Akhir zaman yang makin sukar dan rumit.*

*Nak buat baik makin susah. Nak ibadah juga makin payah. Fitnah usah cakap. Siang malam terjadi.*

*Nak solat di masjid, boleh jatuh fitnah.*

*Nak buat haji dan umrah, makin payah.*

*Nak ziarah jiran sebelah rumah pun, kena fikir berkali-kali.*

*Jadi takut tak sudah-sudah.*

*Takut bawa penyakit. Takut dijangkiti. Takut kena kompaun. Takut kena fitnah.* 

*Buat itu, buat ini, semua kena fitnah. Fitnah belaka sekarang ini.*

*Kawan,*

*Jaga bekal kita bermula saat ini.*

*Gunakan masa lockdown ini untuk renung dan baiki diri.*

*Persiapkan amal untuk PULANG.*

*Kena sayang diri sendiri.*

*Jasad yang Allah pinjamkan ini, suatu saat akan dikebumi.*

*Sebesar apapun sayang orang pada kita, mereka tetap akan tinggalkan.* 

*Anak, suami, isteri, ibu, ayah, saudara bahkan kawan-kawan..semuanya pulang.*

*Tinggal kita nak hadap sorang-sorang.*

*Alam kubur ini, boleh jadi macam-macam.*

*Soal jawab Munkar dan Nakir berbeza mengikut amalan kita ketika di dunia.*

*Ada orang, saat ditanya siapakah Tuhan kamu lalu dijawabnya Allah Tuhanku.* 

*Maka, keadaan kuburnya terus berubah menjadi sebahagian daripada taman-taman syurga. Indah dan bertuah.*

*Ada orang pula, ditanya satu demi satu soalan.* *Lepas satu, satu. Kemudian, ditanya lagi. Terpaksa melalui proses yang amat panjang.*

*Syukur juga kalau boleh lepas.*

*Paling bimbang, andai di waktu itu kita langsung tak mampu nak mengaku Allah sebagai Tuhan.* 

*Biarpun ketika di dunia ini, berkali-kali kita ulang dengar dan sebut nama-Nya.* 

*Ya, boleh jadi juga andai hati dan lisan tidak seiring. Apatah lagi perbuatan.*

*Kawan,*

*Pelajari ilmu akhir zaman. Banyakkan juga ilmu akhirat. Belajar ambil tahu. Sediakan bekalan siap-siap.*

*Nak melalui akhir zaman yang semakin mencabar ini, Nabi sudahpun pesan. Amalkan 10 ayat awal dan 10 ayat akhir Surah Al-Kahfi. Jangan tinggal biarpun sehari.*

*Mana yang belum mula, boleh mulakan. Mana yang sudah mula baca, cuba pula untuk hafal.*

*Kerana, akan tiba saatnya nanti, Al-Quran hanya sekadar kitab kosong tanpa tulisan*.

*Selawat ...istighfar jgn lupe...sentiasa di mulut dan hati*

*Fitnah di mana-mana, kawan.*

*Jaga diri. Jaga keluarga dan orang tersayang.*

*Jaga perintah Allah, Allah jaga kita.*

*Dunia hingga ke syurga*
*Semoga bermanfaat.*

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...