Wednesday 22 September 2021

Surah Al-Ikhlas Menyamai Sepertiga Al-Quran

1 Hari 1 Hadis


*Surah Al-Ikhlas Menyamai Sepertiga Al-Quran*


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ ثُلُثَ الْقُرْآنِ فِي لَيْلَةٍ فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِمْ وَقَالُوا أَيُّنَا يُطِيقُ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ ثُلُثُ الْقُرْآنِ

Dari Abu Sa'id Al Khudri RA, ia berkata; Nabi SAW bersabda kepada para sahabatnya: "Apakah salah seorang dari kalian tidak mampu bila ia membaca sepertiga dari Al-Quran pada setiap malamnya?" dan ternyata para sahabat merasa kesulitan seraya berkata, "Siapakah di antara kami yang mampu melakukan hal itu wahai Rasulullah?" maka baginda pun bersabda: "ALLAHUL WAAHID ASH SHAMAD (maksudnya surat al-ikhlas) nilainya adalah sepertiga Al-Quran." 
(HR Bukhari No: 4628) 
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Membaca al-Quran adalah dituntut kepada setiap Mukmin.

2.  Membaca surah al-Ikhlas sekali nilainya menyamai sepertiga al-Quran.

3.  Mengikut Ibnu Hajar, “Nilai sepertiga al-Quran” bermaksud  surah al-Ikhlas nilainya sama dengan sepertiga apabila dilihat dari kandungan makna al-Quran. Kerana isi Quran terdiri daripada perkara yang berkaitan hukum, kisah, dan akidah. Surah al-Ikhlas mencakup pembahasan akidah, sehingga dinilai sepertiga berdasarkan tinjauan ini  
(Fathul Bari, 9/61).

4.  Membaca surat al-Ikhlas mendapat nilai seperti membaca 1/3 al-Quran maknanya adalah senilai dalam pahala (al-Jaza’). Bukan senilai dalam amal (al-Ijza’). Jika seseorang membaca surat al-Ikhlas, dia mendapat pahala senilai pahala sepertiga al-Quran. Namun bukan bererti pahala yang diperolehi sepadan dengan bentuk pahala untuk ayat-ayat Quran yang lainnya. Bahkan boleh jadi dia memerlukan bentuk pahala dari memahami perintah, larangan, dan kisah al-Quran dimana surat al-Ikhlas tidak boleh menggantikan semua itu. 
(Majmu’ al-Fatawa, 17/138).

Usahakanlah membaca al-Quran paling kurang surah al-Ikhlas sebelum tidur pada setiap hari.


Jangan lupa selawat hari ini saudaraku

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” 
(Hadis Riwayat Muslim)
(Status: Hadis Sahih)

Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti


16 Safar 1443H
23 September 2021

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...