Tuesday 4 April 2023

TAK TERTULIS PAHALA PUASA

TAK TERTULIS PAHALA PUASA

Dalam ibadah puasa *2 perkara perlu dijaga.* Pertama, memelihara daripada batalnya puasa. 

Kedua, memelihara daripada batalnya pahala puasa. Supaya penat lelah dalam berpuasa tak sia-sia.

*رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ*

_Boleh jadi orang yg berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar._

_Dan boleh jadi orang yg berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya melainkan hanya berjaga malam._

Ramadhan adalah tetamu yg datang setahun sekali. Sekiranya masih merasai Ramadhan pada kali ini, gunalah sebaiknya. Untuk mendapat ibadah yg Allah terima.

Dalam beberapa puluh tahun usia hidup didunia. Dapat 1 Ramadhan yg Allah terima doa, ibadat dan taubat kita. Maka *kitalah orang yg beruntung.*

Jaga lah puasa agar tak sia-sia. Ibadah tak ada nilai jika tak menjaganya. Tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan yg keji atau dusta. 

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلّٰهِ حَاجَةٌ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَ

_Siapa yg tak meninggalkan perkataan keji dusta serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya._

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata menjadi bubur. Bubur tak lagi menjadi nasi. Yang ada cuma denyut nadi yg menahan rasa di hati.

Apa yg kita ucap akan meninggalkan kesan di hati yg mendengar. Walaupun kita dimaafkan, namun hati yg terluka masih merasa pedihnya. 

*Diam adalah emas tapi bicara yg baik adalah berlian.* Banyakkan sedekah pahala berganda. Banyak berkata yg dusta, tak ditulis  pahala puasanya. 


*SALAM RAMADHAN*
14 hari

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...