Friday 14 June 2024

Hari Arafah Diampunkan Dosa dan Waktu Doa Mustajab

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Hari Arafah  Diampunkan Dosa dan Waktu Doa Mustajab

عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمْ الْمَلَائِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ

_*Daripada Ibnul Musayyab ia berkata, Aisyah berkata; Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?”*_ [Sahih Muslim No. 3354]. Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.Antara keutamaan Hari Arafah ialah mendapat keampunan Allah. Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan, “Hari Arafah adalah hari pembebasan dari api neraka. Pada hari itu, Allah akan membebaskan siapa saja yang sedang wukuf di Arafah dan penduduk negeri kaum muslimin yang tidak melaksanakan wukuf. Oleh kerana itu, hari setelah hari Arafah iaitu hari Idul Adha adalah hari raya bagi kaum muslimin di seluruh dunia. Baik yang melaksanakan haji dan yang tidak melaksanakannya sama-sama akan mendapatkan pembebasan dari api neraka dan ampunan pada hari Arafah.

2.Selain daripada tuntutan berpuasa sunat pada hari arafah bagi yang tidak menunaikan ibadat haji, digalakkan juga untuk berdoa kerana hari Arafah antara sebaik-baik waktu untuk berdoa.

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

*Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: "LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi–Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)”.* [HR. Tirmizi no. 3509]. Status: Hadis Hasan.

3.Bagi mereka yang pergi menunaikan ibadat Haji, antara waktu dan tempat doa mustajab adalah pada hari Arafah dan di padang Arafah bermula selepas gelincir matahari 9hb Zulhijjah hingga terbit fajar 10hb Zulhijjah. 

4.Syaikh Sholih Al Munajjid: Mustajabnya doa tersebut adalah umum, sama ada yang menunaikan ibadat haji ataupun yang tidak menunaikan haji disebabkan  keutamaan yang ada adalah keutamaan hari arafah. Sedangkan yang berada di Arafah (yang sedang wukuf pada tanggal 9 Dzulhijjah), ia berarti menggabungkan antara keutamaan waktu dan tempat.

5.Antara zikir yang paling baik dilafazkan dihari Arafah ialah  

*لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ*

Rebutlah peluang kelebihan hari wukuf di arafah dengan puasa sunat (bagi yang tidak mengerjakan ibadat haji) dan perbanyakan doa dan zikir.

15hb Jun 2024
08hb Zulhijjah 1445H

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...