Thursday, 16 April 2026

Jadilah Hayyin, Layyin, Sahl dan Qarib

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Jadilah Hayyin, Layyin, Sahl dan Qarib

عن ابن مسعود، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: حُرِّمَ عَلَى النَّارِ كُلُّ هَيِّنٍ لَيِّنٍ سَهْلٍ قَرِيبٍ مِنَ النَّاسِ

Daripada Ibn Masud RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Diharamkan ke atas api neraka, setiap orang yang bersikap rendah hati (tenang), lemah lembut, mudah berurusan, serta dekat dengan manusia (mudah didekati) (HR Tirmizi No 2488).  Status: Hadis Hasan Sahih 

Pengajaran:

1.  Ciri-ciri orang yang dijauhkan daripada neraka:

a)  (hayyin): Orang yang bersikap tenang, tidak cepat marah, tidak kasar, tidak mudah melaknat.

b)  (layyin): Lembut tutur katanya, lembut pergaulannya, mudah ditegur, santun dan tidak kasar.

c)  (sahl): Mudah berurusan, tidak menyusahkan orang lain, tidak cerewet.

d)  (qarīb mina al-nās): Mudah didekati, mesra dengan masyarakat, tidak sombong atau menjauhkan diri.

2.  Ganjaran besar bagi akhlak mulia:

a)  Orang yang memiliki sifat-sifat ini mendapat keistimewaan yang sangat besar – dijauhkan dari azab neraka.

b)  Hal ini menunjukkan betapa pentingnya akhlak dalam Islam. Bukan hanya ibadah, bahkan hubungan sesama manusia juga menentukan tempat seseorang di akhirat.

3.  Kepentingan menjadi insan yang disenangi:

a)  Islam sangat menitikberatkan nilai sosial dan akhlak yang baik dalam pergaulan.

b)  Menjadi orang yang menyenangkan, mudah didekati, dan ringan tulang adalah cerminan keimanan yang benar.

4.  Berusahalah memiliki sifat lemah lembut, tidak kasar, tidak menyusahkan orang lain serta mudah didekati. Sifat-sifat ini bukan sahaja membawa manfaat di dunia (disenangi manusia), tetapi juga di akhirat (dijauhkan dari neraka). Dengan memupuk sifat-sifat ini, seorang Muslim bukan sahaja disenangi manusia, tetapi juga mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT.

27hb Syawal 1447H
16hb April 2026

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...