Friday, 22 May 2026

Puasa Sunat Arafah

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
*Puasa Sunat Arafah*
 
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ  أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة
 
_*Daripada Abu Qatadah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Puasa pada hari 'Arafah, sesungguhnya aku mengharapkan daripada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga setahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah bagi selain orang yang berada di 'Arafah (bukan Jemaah haji yang wuquf di Arafah).*_ (Sunan Tirmizi No: 680) Status: Hadis Sahih
 
*Pengajaran:*
 
1.    Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji
 
2.    Puasa pada hari Arafah mempunyai kelebihan yang sangat besar. Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan dosa setahun sebelum dan setahun yang akan datang.
 
3.    Menurut ulama, yang dimaksudkan pengampunan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang ialah dosa-dosa kecil. Adapun dosa besar memerlukan taubat yang khusus.
 
4.    Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun.
 
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَلِمَةً تُشْبِهُ عَدْلَ ذَلِكَ قَالَ صَوْمُ عَرَفَةَ بِصَوْمِ سَنَتَيْنِ وَصَوْمُ عَاشُورَاءَ بِصَوْمِ سَنَة
 
*Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi SAW mengucapkan kata-kata yang mirip dengan kesamaannya, ia berkata; Puasa 'Arafah seperti puasa dua tahun dan puasa 'Asyura` sama seperti puasa setahun.* (Musnad Ahmad No: 21568)
 
5.    Rasulullah SAW dan para sahabat tidak menunaikan puasa Arafah ketika melaksanakan ibadah Haji, namun boleh sahaja untuk berpuasa.
 
سُئِلَ ابْنُ عُمَرَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ حَجَجْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ أَبِي بَكْرٍ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُمَرَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُثْمَانَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَأَنَا لَا أَصُومُهُ وَلَا آمُرُ بِهِ وَلَا أَنْهَى عَنْهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ أَيْضًا عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَجُلٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَأَبُو نَجِيحٍ اسْمُهُ يَسَارٌ وَقَدْ سَمِعَ مِنْ ابْنِ عُمَر
 
*Ibnu Umar RA ditanya tentang puasa Arafah di 'Arafah, dia menjawab, saya pernah melaksanakan haji bersama Nabi SAW dan dia tidak puasa di Arafah, saya juga pernah haji bersama Abu Bakar beliau juga tidak puasa 'Arafah, pernah juga bersama Umar dan dia tidak berpuasa, demikian halnya bersama 'Utsman, beliau juga tidak berpuasa dan saya tidak berpuasa juga tidak menyuruh orang lain untuk berpuasa dan tidak juga melarangnya.* (HR Tirmizi No: 682) Status: Isnad Sahih
 
6.    Hadis ini menunjukkan kelebihan luar biasa puasa Hari Arafah sebagai salah satu amalan terbaik dalam sepuluh awal Zulhijjah. Dengan rahmat Allah, puasa ini menjadi sebab penghapusan dosa selama dua tahun bagi orang yang melakukannya dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Ia juga mendidik umat Islam agar sentiasa merebut peluang hari-hari yang mulia untuk memperbanyakkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
 
Marilah kita mengambil kesempatan untuk melaksanakan puasa sunat hari Arafah pada Selasa ini 26hb Mei 2026 bagi kita di Malaysia. Ayuh ingatkan ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan kita untuk merebut peluang yang hanya datang setahun sekali. Tahun depan belum tentu kita menemuinya.
 
06hb Zulhijjah1447H
23hb Mei 2026M

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...