Thursday 26 July 2018

KEHIDUPAN SEBENAR DAN AKHIRNYA

KEHIDUPAN SEBENAR DAN AKHIRNYA




Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.

_Jadilah ibu yg menjadi kedamaian pada anak-anak._
_Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yg memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita._
_Kerna hidup ini hanya seketika._
_Siapa duga dan sangka saat kudrat dgn kesihatan yg baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.

_Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua._
_Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik._
_Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik._
_Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik._
_Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih._
_Maafkan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain._

_*Kerana kematian itu sangat rapuh*._
_Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan._
_Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian._

*_Moga bertemu di syurga._*


Fahamilah 7 Perkara Dalam Hidup Kamu:

_1. Apabila meninggal dunia ayah kamu, maka matilah pimpinan dan nasihatnya..._
_2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya..._
_3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yang dikongsi bersama..._
_4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya..._
_5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya..._
_6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya..._
_7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya..._
_Ketahuilah... Hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.



Maka...

senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' Dunia yang fana ini...

Andai kamu melihat kanak-kanak yg sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.


Andai kamu melihat pula jenazah yg sedang diusung ke tanah perkuburan. 
Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita di Dunia ini.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...