Sunday 2 May 2021

APA NAK BUAT 10 MALAM TERAKHIR NI?

APA NAK BUAT 10 MALAM TERAKHIR NI?

Alhamdulillah, sekarang kita dah masuk kepada gerbang terakhir Ramadan, iaitu 10 hari terakhir. 

Inilah masa yang mana banyak disebutkan dalam hadith tentang kepentingannya. Antaranya seperti, 

عَنْ عَائِشَةَ رضى الله عنها أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ ‏"‌‏.‏

Daripada Aisyah Radhiallahu 'Anha Rasulullah S.A.W bersabda : " Carilah lailatul qadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh malam yang terakhir dari Ramadhan.”

Maka, apa kita nak buat 10 malam terakhir ini? 

Okay di sini ada tips. Moga Allah kurniakan kita kekuatan untuk buat semua tips ini. Ameen.

1. Solat tarawih dan Qiamullail pada setiap malam. Kalau solat sunat tahajud tu, sekurangnya 2 rakaat berserta witir. Kalau mampu, buatlah sekali solat sunat tasbih. 

2. Sedekah pada setiap malam walaupun hanya sekadar RM 1.

3. Membaca Al Quran walaupun hanya satu mukasurat.

4. Memperbanyakkan doa :
اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا
(Ya Allah sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha mulia , Engkau suka kepada pengampunan maka ampunilah kami).

5. Memperbanyakkan istighfar dan tasbih.

6. Menjauhkan diri daripada perkara perkara yang tak bermanfaat seperti movie atau games. Apatah lagi perkara maksiat.

7. Memperbanyakkan doa, dan kawal emosi supaya tak marah-marah.

8. Memberi makanan kepada orang berbuka puasa.

9. Kalau dapat peluang iktikaf, maka iktikaf la di masjid.

Moga Allah kurniakan kita kekuatan untuk amalkan sepanjang 10 malam terakhir ini. Ameen.

#Copypaste#
Tarbiah Sentap

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...