Thursday 13 May 2021

Semarak Ukhuwah Untuk Dicintai Allah

Semarak Ukhuwah Untuk Dicintai Allah 




 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ عَلَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ أَيْنَ تُرِيدُ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا قَالَ لَا غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ

Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, "Pada suatu ketika ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di desa lain. Kemudian Allah pun mengutus malaikat untuk menemui orang tersebut. Ketika orang itu ditengah perjalanannya ke desa yang dituju, maka malaikat tersebut bertanya; 'Hendak pergi ke mana kamu? ' Orang itu menjawab; 'Saya akan menjenguk saudara saya yang berada di desa lain.' Malaikat itu terus bertanya kepadanya; 'Apakah kamu mempunyai satu perkara yang menguntungkan dengannya? ' Laki-laki itu menjawab; 'Tidak, saya hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.' Akhirnya malaikat itu berkata; 'Sesungguhnya aku ini adalah malaikat utusan yang diutus untuk memberitahu kepadamu bahawasanya Allah akan sentiasa mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah.' (HR Muslim No: 4656) Status Hadis Sahih



Pengajaran:

1.  Antara tanda mengasihi saudara dan sahabat ialah berusaha menziarahi mereka dengan ikhlas bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah.

2.  Allah sentiasa mencintai kepada orang yang mencintai dan mengasihi orang lain kerana Allah. 

3.  Ziarah dan kunjung mengunjung sesama saudara mara dan sahabat handai semata-mata kerana Allah adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan ukhuwah. Oleh kerana musim PKP ini kita tidak boleh rentas daerah dan negeri, tidak digalakkan saling menziarahi bagi memutuskan rangkaian Covid-19, namun dengan adanya teknologi kita masih boleh buat ziarah maya menggunakan whatsapp call, video conferencing  guna zoom, google meet, webex dan sebagainya. Kita masih boleh saling berhubung untuk bertanya khabar bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama kerabat dan merapatkan ukhuwah sesama Muslim.

4.  Moga kecintaan dan kasih sayang kita kepada kerabat dan sahabat handai akan menjadikan kita dikasihi dan dirahmati Allah.

5.  Suburkan Silaturahim dan Ukhuwah sebagai bukti peribadi terpuji. Moga menjadi pemangkin kepada Perubahan Masyarakat dan Negara ke arah Malaysia Yang Lebih Baik.

14hb Mei  2021
02hb Syawal 1442H

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...