*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Rasulullah SAW Contoh Akhlak Terbaik*
حَدَّثَنِي أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْجَدَلِيُّ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ كَيْفَ كَانَ خُلُقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَهْلِهِ قَالَتْ كَانَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا لَمْ يَكُنْ فَاحِشًا وَلَا مُتَفَحِّشًا وَلَا سَخَّابًا بِالْأَسْوَاقِ وَلَا يُجْزِئُ بِالسَّيِّئَةِ مِثْلَهَا وَلَكِنْ يَعْفُو وَيَصْفَحُ
_*Telah menceritakan kepadaku Abu Abdullah Al Jadali dia berkata; Saya bertanya kepada Aisyah; "Bagaimanakah akhlak Rasulullah SAW terhadap keluarganya." Aisyah berkata; "Baginda adalah orang yang paling baik akhlaknya, tidak pernah berbuat keji, tidak bercakap dengan kata-kata yang kotor, tidak berteriak-teriak di pasar, dan tidak pernah membalas dengan kejahatan yang sama (yang diperlakukan kepadanya), akan tetapi baginda seorang yang pemaaf dan pengampun."*_ (HR Ahmad No: 24797) Status: Hadis Hasan
*Pengajaran:*
1. Rasulullah SAW adalah orang yang paling baik akhlak terhadap keluarga dan orang lain.
2. Rasulullah SAW tidak pernah melakukan perbuatan keji seperti perbuatan syirik.
3. Rasulullah SAW tidak bercakap dengan kata-kata yang kotor serta tidak terjerit-jerit di pasar (shoping kompleks) atau di mana sahaja.
4. Antara akhlak terpuji Rasulullah SAW ialah tidak pernah membalas dengan kejahatan yang sama (yang diperlakukan kepadanya).
5. Rasulullah SAW adalah seorang yang pemaaf kepada orang lain.
6. Berusahalah kita mencontohi Rasulullah SAW dengan tidak mengeluarkan kata-kata kotor, terjerit-jerit dimana sahaja kita berada termasuk dalam bentuk tulisan di media sosial. Jadilah kita orang yang pemaaf.
Selamat memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW dan contohi akhlak baginda SAW.
20hb Rabiul Awal 1446H
24hb September 2024
No comments:
Post a Comment