Assalamualaikum warahmatullah
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Ganjaran Membantu Ibu Tunggal & Orang Miskin
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَّاعِي عَلَى الْأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِينِ كَالْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ الْقَائِمِ اللَّيْلَ الصَّائِمِ النَّهَارَ
Daripada Abu Hurairah ia berkata; Nabi SAW bersabda: "Orang yang memberi kecukupan kepada para janda dan orang-orang miskin (pahalanya) seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang bersembahyang sepanjang malam atau yang berpuasa sepanjang hari." (HR Bukhari No: 4934) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim dituntut agar berbuat baik kepada sesama makhluk.
2. Antara perbuatan baik yang dilakukan ialah membantu golongan ibu tunggal yang lemah dan perlukan bantuan serta orang-orang miskin.
3. Orang yang membantu ibu tunggal dan orang miskin yang serba kekurangan, ganjarannya seumpama orang yang berjihad dijalan Allah atau yang melakukan qiamullail sepanjang malam dan berpuasa sunat di siang hari.
4. Pelbagai bentuk bantuan yang boleh dihulurkan seperti barangan dapur, pembiayaan sekolah anak-anak, peluang pekerjaan, memberi nasihat dan dorongan serta lain-lain.
Marilah kita bertolong bantu mewujudkan negara yang rahmah.
01hb Jamadil Awal 1446H
03hb November 2024
No comments:
Post a Comment