Assalamualaikum warahmatullah,
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Mulakan Doa Dengan Pujian Dan Selawat
عَنْ فَضَالَةَ بْنِ عُبَيْدٍ قَالَ بَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاعِدٌ إِذْ دَخَلَ رَجُلٌ فَصَلَّى فَقَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجِلْتَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي إِذَا صَلَّيْتَ فَقَعَدْتَ فَاحْمَدْ اللَّهَ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ وَصَلِّ عَلَيَّ ثُمَّ ادْعُهُ قَالَ ثُمَّ صَلَّى رَجُلٌ آخَرُ بَعْدَ ذَلِكَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَصَلَّى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي ادْعُ تُجَبْ
Daripada Fadhalah bin 'Ubaid, ia berkata; ketika Rasulullah SAW duduk, tiba-tiba seseorang masuk dan melakukan solat dan berdoa; Ya Allah, ampunilah aku dan rahmatilah aku. Kemudian baginda berkata: "Engkau telah tergesa-gesa wahai orang yang melakukan solat. Apabila engkau melakukan solat dan duduk maka pujilah Allah dengan pujian yang menjadi hakNya, dan berselawatlah kepadaku, kemudian berdoalah kepadaNya!" Kemudian terdapat orang lain setelah itu yang melakukan solat lalu memuji Allah, dan berselawat kepada Nabi SAW, kemudian Nabi SAW berkata: "Wahai orang yang melakukan solat, berdoalah maka akan dikabulkan doamu!" (HR Tirmizi No: 3398) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Berdoa jangan tergesa-gesa dengan tidak menjaga adab berdoa.
2. Apabila berdoa, hendaklah dimulakan dengan pujian kepada Allah (ucapan Alhamdulillah) dan diikuti dengan selawat ke atas Nabi baru diikuti dengan doa permohonan.
3. Antara tempat dan waktu yang baik berdoa ialah selepas menunaikan solat.
4. Orang yang solat kemudian berdoa memulakan dengan pujian pada Allah dan diikuti dengan doa, doanya akan dikabulkan.
Marilah kita menjaga adab-adab berdoa dengan mengiringi pujian pada Allah dan Selawat keatas Nabi SAW.
13hb Jamadil Awal 1446H
15hb November 2024
No comments:
Post a Comment