Friday 14 July 2017

MESEJ DISEBALIK USIA

💧Semakin berusia semakin lemah tangan menggenggam..kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.

💧   Semakin berusia semakin kabur matanya... Kerana Allah sedang menggilap mata hati untuk celik melihat akhirat.

💧  Semakin berusia semakin sensitif....kerana Allah sedang mengajar bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan.

💧  Semakin berusia semakin gugur gigi-giginya....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa suatu hari kita akan gugur kedalam tanah selamanya.

💧  Semakin berusia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawanya akan ditarik.

💧  Semakin berusia semakin rambut putih....kerana Allah sedang ingatkan kain kapan yang putih.

💧  Begitu juga hati...semakin berusia semakin sepi dan ingin bersendirian...kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia.

❤  Akhirnya...hanya cinta Allah yang kekal sebagai bekalan menuju akhirat.

Didoakan semoga kita semua:-

●  Diberkati usia
●  Dimurahkan rezeki
●  Ditetapkan keimanan
●  Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik
●  Kesihatan yang baik
●  Berjaya di dunia & akhirat
●  Sentiasa mendapat rahmat dariNya

*Amiin ya Robbal alamin.*

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...