Sunday 23 July 2017

SALAM AKHIR LEBARAN

*SALAM AKHIR LEBARAN 🌒 serta SALAM PENGHUJUNG EI'DUL FITRI MINAL AIDIL WALFA'EIZIN*🌒

🎆🌟✨🎇✨🌟🎆🌟✨🎇

Setelah sebulan Ramadhan pergi meninggalkan kita, kini tiba pula giliran Syawal mengorak langkah menyahut lambaian Allah.

Kedua-dua bulan ini begitu bererti dan besar maknanya bagi kita yang digelar *HAMBA* kepada *Allah s.w.t* dan *UMAT* kepada *Rasulullah s.a.w.*

Semoga kedua-dua bulan ini telah kita isi dan penuhi dengan segala amalan dan kebaikan...amin.

Sempena pengakhiran Syawal pada hari ni, 30 Syawal 1438 H bersamaan 24 Julai 2017, saya dengan penuh rendah diri menghulurkan *salam u'khua* dan *salam Ei'dul Fitri* buat semua para sahabat.

Sekali lagi jari saya susun dan salam saya hulurkan memohon sebanyak-banyak kemaafan daripada saudara sahabat sekelian *di atas apa jua salah, silap dan khilaf saya selama ini.*

Semoga kita diketemukan lagi di Ramadhan dan Syawal yang akan datang.

Moga Allah jadikan *Ramadhan* yang lalu sebagai Ramadhan yang *terbaik dan penuh dengan ganjaran serta keampunanNya* buat kita semua manakala *Syawal* yang bakal berakhir dan pergi meninggalkan kita pada hari ini sebagai Syawal yang *penuh dengan keberkatan dan sarat dengan rahmatNya............, insyaallah.*

*Maaf zahir* dan *batin* daripada *saya* serta *keluarga.*
🎇✨🌟🎆🌟✨🎇✨🌟🎆

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...