*BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM .*
_*ALLAH sering menyembunyikan kemanisan di sebalik kepahitan agar kemanisan itu lebih indah.*_
_*Justeru, apabila ditimpa kesusahan yang menyempitkan, katakan pada hati, "IN SHAA ALLAH selepas ini pasti ada kesenangan yang lebih melapangkan."*_
_*Sangka baik itu menenangkan hati walaupun keadaan mungkin tidak sebaik yang disangkakan.*_
_*Di sebalik setiap ujian, ALLAH mengajar kita: Hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah.*_
_*"Ambillah teman yang membuatkan dirimu zuhud... dalam kehidupan dunia ...dan memberimu motivasi ...kepada akhirat..... Jauhilah olehmu ahli dunia yang perbicaraannya sebatas dunia.... Kerana mereka akan merosakkan agama dan hatimu".....*_
_*Bersangka baiklah dengan ALLAH, dan bersangka baiklah dengan diri... itulah jalan ke arah ketenangan sejati.*_
_*Nikmat yang paling besar di dunia adalah kita dapat sujud pada Allah..tidak semua orang berperluang sujud kepada Allah ..*_
*BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH*
No comments:
Post a Comment