Saturday 2 June 2018

8 TIPS LAILATUL QADR

1) JANGAN TINGGAL solat MAGHRIB berjamaah.
-Kerana permulaan MALAM itu sejak dari masuknya waktu Maghrib.

JANGAN TINGGAL solat ISYAK berjamaah
-Disebutkan dalam hadith dari Musnad Imam Ahmad, bahawa orang yang solat Isyak berjamaah memperoleh pahala qiyam separuh malam.

3)JANGAN TINGGAL solat Ba'diyah Isyak
-Ini merupakan salah satu solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Sidna Rasul صلى الله عليه و آله وصحبه وسلم baik ketika hadhir atau safar,dalam Ramadan dan selainnya

4)SELESAIKAN solat Tarawih/Qiyam BERSAMA IMAM dengan sempurna.
-Juga dalam hadith riwayat Imam Ahmad,pahala qiyam Ramadan bersama Imam sehingga selesai adalah seperti berdiri sepanjang malam tanpa tidur.

5)JANGAN LUPA bangun Sahur.
-Meskipun hanya untuk makan,ia juga bahagian dari ibadah Malam.

6)JANGAN LUPA istighfar ketika waktu Sahur
-Allah memuji orang yang beristighfar pada waktu sahur,seperti yang terkandung dalam Surah Aali Imran.

7)SENTIASA sediakan wang sadaqah pada setiap malam Ramadan.
-Disebut dalam hadith riwayat Imam Tirmdizi,bahawa sebaik-baik sadaqah adalah di DALAM RAMADAN.

8)JANGAN TINGGAL solat SUBUH berjamaah.
-Disebut dalam hadith riwayat Imam Muslim,solat subuh berjemaah dikurnia ganjaran berjaga sepanjang malam untuk ibadah.

Siapa yang amalkan kesemua lapan perkara ini,demi Allah tidak akan terlepas dari mendapatkan kebaikan Lailatul Qadar,meskipun dia tidak menyaksikan tanda-tandanya.

*@miharbi*

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...