Saturday 1 February 2020

DOA KAMI.... AAMIIN

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillahi rabbil a'lamiin Wassolatuwassalamuala asrofil anbia iwalmursalin Wa'ala alihi wasohbihi ajmain..


Ya Allah
kami bersyukur kerana Engkau telah melanjutkan usia kami hingga kehari ini.

Ya Allah
semoga di tahun baru ni membawa rahmat, memberi nikmat dan akhirnya dipenuhi berkat.

Ya Allah 
indahkan di tahun baru ini dengan syukur, ceriakanlah hati kami dengan senyuman, semoga kami dapat jalani hidup ini dengan keikhlasan dan semoga segala urusan kami berjalan dengan lancar.

Ya Allah
jadikanlah  tahun baru ini pembuka pintu rezeki dan kebarkahan, pintu kebaikan dan nikmat, pintu kesabaran dan kekuatan, pintu kesihatan dan keselamatan dan pintu syurga bagi kami.

Ya Allah 
lindungilah kami dan keluarga kami dengan kasih sayangMu, sesungguhnya hidup dan mati kami adalah keranaMu.َ

Ya الله  kami memohon Ya الله,  kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu *Ya الله . َ*

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak pasangan kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar

Wassolallahhu 'ala sayyidina Muhammad Wa'ala alihi wasohbihi wasalam Walhamdulillah hirabbal a'lamiin


Aamiin Aamiin Ya Allah Ya Mujib

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...