Monday 10 February 2020

Pembulian Anak Tanpa Sedari

Renungan sebelum tidur malam ini, tanpa sedar, antara pembulian Ibu Ayah terhadap anak² adalah ;


a) Membezakan kasih sayang, perhatian dan penghargaan. Lalu mereka rasa diri tidak disayangi atau dibenci.

b) Pembahagian kerja rumah yang tidak seimbang. Akan lahir ketidakpuasan hati yang terpendam, kerja dilakukan dengan terpaksa.

c) Membanding²kan antara anak², akan membuatkan diri rasa serba kurang atau akhirnya akan hilang keyakinan terhadap potensi diri.

d) Membuka aib atau menyebut kesilapan dan kekurangannya depan adik beradik atau orang luar. Mereka akan hilang percaya dan hormat pada diri kita.

e) Mengungkit² kebaikan dan pengorbanan yang kita lakukan, seolahnya mereka itu beban.





Hati² ibu ayah, bimbang ada dendam yang sangat panjang mengeruh dan meretakkan hubungan adik beradik, walau setelah kita mati ia tetap berterusan. Kisah lama terus diungkit bila ada sesuatu yang berlaku.

Terimalah hakikat bahwa Allah ciptakan anak² sangat berbeza, mereka adalah anugerah yang terindah bila dididik dengan fitrah, jika tidak ia menjadi musibah yang membawa fitnah.

Sebagai muhasabah, banyaknya salah silap kita sebagai ibu ayah berbanding salah anak, perangai yang kita tidak suka pada mereka mungkin datang daripada kita juga.

Kita memang tak mampu jadi ibu ayah yang sempurna, sekurang²nya jadilah ibu ayah yang baik. Akui kesilapan dan kelalaian, jika mampu minta maaf, dan mulalah dengan perubahan diri, insyaAllah anak turut berubah.

Esok pagi, niat dan doa untuk jadi ibu ayah yang baik, ketiaadannya dicari, kepulangannya dinanti2, pemergiannya dirindui. Kita jadi mulia atas pangkat sebagai Ibu Ayah kerana adanya mereka, sebab itu anak² itu pelengkap hidup kita Dunia dan Akhirat.

Asma Harun

#UAHSahabatDuniaAkhirat

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...