Thursday 9 July 2020

KAWAL MARAH DENGAN ISTI'AZAH


Firman Allah:

وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ.


"Dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah Engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui" . (Fussilat: 36)


1.Isti'azah ialah lafaz “أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ”.
Terdapat dua lafaz isti'azah yang boleh dibaca sebagaimana berikut:

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

"Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam". Atau mengikut riwayat Ahmad, bacaannya ialah:

أَعُوذُ بِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

"Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam"


2.Mengikut Imam al-Ghazali bahawa berlakunya sifat marah itu kerana urat saraf manusia ditarik oleh syaitan.Orang yang marah boleh menyebabkan hilang pertimbangan seperti orang hilang akal jika tidak di kawal


3.Rasulullah Saw menjelaskan perihal syaitan berupaya memasuki tubuh manusia dalam sabdanya,

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنَ الإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّمِ

 “Sesungguhnya syaitan berjalan pada anak manusia seperti jalannya darah pada peredarannya”.
(HR al-Bukhari).

Ketika  manusia marah, syaitan memasuki salur darah individu menyebabkan berlaku hilang pertimbangan akal fikiran, manakala muka menjadi merah dengan degupan jantung berdegup kencang.Ini mendorong seseorang bertindak di luar kewarasan hingga boleh mengancam nyawa orang sekelilingnya termasuk dirinya sendiri.


4.Nabi Saw telah memberi beberapa panduan untuk mengawal kemarahan ini. Salah satunya adalah dengan membaca isti'azah (mohon perlindungan daripada hasutan syaitan).Dalilnya berdasarkan satu peristiwa yang diceritakan oleh seorang sahabatnya.

عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ صُرَدٍ قَالَ اسْتَبَّ رَجُلَانِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ عِنْدَهُ جُلُوسٌ وَأَحَدُهُمَا يَسُبُّ صَاحِبَهُ مُغْضَبًا قَدْ احْمَرَّ وَجْهُهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ لَوْ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ فَقَالُوا لِلرَّجُلِ أَلَا تَسْمَعُ مَا يَقُولُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنِّي لَسْتُ بِمَجْنُونٍ

"Dari Adi bin Tsabit telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Shurd dia berkata; “Ada dua orang yang saling mencerca di hadapan Rasulullah, sementara kami duduk-duduk di samping baginda, salah seorang darinya mencerca temannya sambil marah, hingga wajahnya merah, 

Maka Nabi Saw bersabda: Aku akan ajarkan satu kalimah di mana jika dia membacanya, kemarahan itu akan hilang daripadanya. Baginda membaca (isti'azah).

Lalu salah seorang lelaki yang mendengar, bangun mendapatkan lelaki tersebut sambil berkata: Apakah kamu tahu apa yang diperkatakan Nabi tadi? Lalu beliau mengulangi apa yang disebutkan Nabi.

Lelaki itu berkata kepadanya: Apakah engkau tengok aku seperti orang gila?” (HR Bukhari).
Hadis di atas adalah merupakan panduan Nabi Saw tentang membaca isti'azah apabila kemarahan melampau.


Tazkirah Subuh:📢
Mohd Yasin Hj. Sulaiman

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...