Thursday 23 February 2023

Keutamaan Tawakal

Assalamualaikum warahmatullah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Keutamaan Tawakal 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ أَقْوَامٌ أَفْئِدَتُهُمْ مِثْلُ أَفْئِدَةِ الطَّيْرِ.

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Akan masuk syurga suatu kaum yang hati mereka seperti hati burung."
(HR Muslim No: 2840). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Mukmin hendaklah bertawakal kepada Allah SWT sebagaimana sifat seekor burung walaupun tidak diberikan akal tetapi ia tidak duduk diam sahaja disarangnya. Ia akan keluar untuk mencari rezeki (berusaha) dan pulang dengan perut yang penuh dengan makanan kerana yakin bahawa yang memberi rezeki adalah Allah SWT.

2.  Tawakal mesti didahulukan dengan usaha dan ikhtiar. Bukan semata-mata menyerahkan kepada Allah tanpa usaha dan ikhtiar. Contohnya dalam soal mencari rezeki. Kita menyerahkan segalanya kepada Allah namun dengan usaha dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh dari kita.

3.  Sifat tawakal akan terhasil apabila adanya sifat khauf (takut) hanya kepada Allah SWT yang disertai keyakinan yang jitu dalam setiap waktu dan keadaan kerana hakikat sebenar tawakal adalah dengan mengambil sebab-sebab dan usaha.

4.  Seseorang akan dimasukkan ke dalam syurga dengan sebab tawakalnya yang penuh dengan sifat keimanan dan khauf (takut) kepada Allah SWT.

Ayuh, jadilah seperti burung yang memiliki hati penuh keyakinan. Yakin bahawa apabila keluar dari sarang, rezeki baginya tetap ada. Yakin setiap musibah itu datang dari Allah. Jika Allah tidak izin terkena pada kita dengan usaha dan ikhtiar kita, In sha Allah kita tetap akan terhindar.

24hb Februari  2023
03hb Syaaban 1444H

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...