Monday 13 February 2023

Ucapan Salam Memasuki Rumah Tiada Penghuni

Assalamualaikum warahmatullah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ucapan Salam Memasuki Rumah Tiada Penghuni

عَنْ نَافِعٍ، أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ قَالَ‏:‏ إِذَا دَخَلَ الْبَيْتَ غَيْرَ الْمَسْكُونِ فَلْيَقُلِ‏:‏ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ‏.‏

Daripada Nafi` bahawa Abdullah bin Umar RA berkata: Sekiranya seseorang itu masuk ke dalam rumah yang tidak berpenghuni, maka ucapkanlah: “Assalamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillah al-Solihin (salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh)”.
(HR Bukhari No: 1055) dalam Adab al-Mufrad.

Pengajaran:

1.  Memberi salam ketika memasuki rumah sama ada yang berpenghuni mahupun yang tiada penghuni adalah dituntut.

2.  Imam al-Mutawalli berkata: “Dianjurkan bagi orang yang masuk rumah sendiri untuk memberi salam atas keluarganya dan dianjurkan bagi orang yang hendak masuk masjid atau rumah yang di dalamnya tidak terdapat orang lain, maka ucapkanlah; ‘Assalamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillahissolihin.’.

3.  Imam Nawawi berkata: “Sebelum memasuki rumah yang tiada berpenghuni, dianjurkan untuk membaca basmallah, berdoa dan kemudian memberi salam.”
(Raudhatul Thalibin)

Firman Allah SWT:

فَإِذَا دَخَلْتُم بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِّنْ عِندِ اللَّـهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً

Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.
(an-Nur: 61)

Apabila kita ingin masuk ke dalam rumah atau bilik yang tiada penghuni, sama ada telah lama tiada berpenghuni ataupun yang kita diami cuma tiada orang di dalam, maka ucapkanlah:

السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ

(salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh).

14hb Februari  2023
23hb Rejab 1444H

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...