السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
PESANAN UNTUK ORANG YANG AKAN BERMUSAFIR
عَنْ سَالِمٍ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ كَانَ يَقُولُ لِلرَّجُلِ إِذَا أَرَادَ سَفَرًا ادْنُ مِنِّي أُوَدِّعْكَ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوَدِّعُنَا فَيَقُولُ:
أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ
Daripada Salim RA bahawa Ibn Umar RA berkata kepada seseorang apabila hendak melakukan musafir: “Datanglah kepadaku, aku ingin menyampaikan ucapan perpisahan sebagaimana Rasulullah SAW mengucapkan kepada kami, kemudian beliau mengucapkan:
“Aku menyerahkan kepada Allah urusan agama kamu, amanah kamu dan pengakhiran amalan kamu.”
(Hadis Riwayat al-Tirmizi, No. 3443 | Status: Sahih)
Pengajaran Hadis:
1. Musafir adalah perpindahan seseorang dari satu tempat ke tempat yang lain, yang boleh mendatangkan kesulitan, keletihan dan menjejaskan keselesaan ibadah.
2. Rasulullah SAW mengajarkan adab dan doa kepada para sahabat apabila ada yang ingin bermusafir.
3. Doa ini menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang terhadap kesejahteraan agama, amanah dan amalan saudara Muslim kita.
4. Dalam hadis lain daripada Anas RA, Nabi SAW juga mendoakan orang bermusafir:
زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ
“Semoga Allah membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.”
(Sunan al-Tirmizi, No. 3444 | Status: Sahih)
5. Islam memberi rukhsah (keringanan) dalam ibadah kepada musafir kerana beban perjalanan.
6. Kita digalakkan untuk sentiasa mendoakan sahabat atau ahli keluarga yang bermusafir, lebih-lebih lagi yang mengerjakan haji.
7. Doakan mereka agar memperoleh kesihatan, kemudahan beribadah dan mendapat haji yang mabrur.
Doa untuk Duyufurrahman:
زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ
اللَّهُمَّ اجْعَلْ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا
02 Zulkaedah 1446H | 30 April 2025M
No comments:
Post a Comment