السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
PUASA SUNAT ENAM SYAWAL
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.
Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal, maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.”
(Sahih Muslim No: 1984, Dar Ihya Kutub Arabiyyah)
Pengajaran:
1. Kewajipan mukmin melaksanakan ibadah puasa sebulan Ramadhan.
2. Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadhan dan diikuti puasa sunat enam hari di bulan Syawal memperoleh ganjaran pahala setara dengan berpuasa sepanjang tahun.
3. Menurut Imam Nawawi: "Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan, manakala puasa 6 hari seumpama puasa dua bulan."
4. Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal tidak semestinya dilakukan enam hari berturut-turut. Ia boleh dimulakan pada 2, 3 atau 4 Syawal atau bila-bila masa dalam bulan Syawal sehingga penghujungnya.
5. Imam al-Nawawi menaqalkan pendapat Ashab al-Syafie: "Yang paling afdhal adalah berpuasa enam hari berturut-turut selepas Aidilfitri. Namun, jika dilakukan secara berselang, asalkan cukup enam hari dalam bulan Syawal, ia tetap mendapat fadhilat al-Mutaba‘ah (puasa yang mengiringi).”
Marilah dalam kemeriahan meraikan hari raya, kita tidak melupakan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Jadilah kita seorang Rabbani (hamba Allah yang sentiasa beribadah kepada-Nya di setiap waktu dan tempat), dan bukan sekadar Ramadhani (orang yang hanya beribadah di bulan Ramadhan).
03 Syawal 1446H
02 April 2025
No comments:
Post a Comment