السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
AMALAN YANG MENGATASI JIHAD
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
مَا مِنْ أَيَّامٍ العَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ العَشْرِ
فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan pada hari-hari ini (Baginda maksudkan: 10 hari terawal Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah?”
Baginda bersabda:
“Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali (yakni menemui syahid).”
(Hadis riwayat Abu Daud, Bab Puasa: 2438 | Status: Sahih)
Pengajaran Hadis:
1. Allah sangat menyukai amalan soleh yang dilakukan dalam 10 hari pertama Zulhijjah.
2. Ganjaran amalan dalam tempoh ini melebihi jihad di jalan Allah, kecuali bagi mereka yang syahid.
3. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, keistimewaan 10 hari ini adalah kerana terkumpul pelbagai ibadah besar: solat, puasa, sedekah, korban dan haji.
4. Maka, sesiapa yang menemui 10 awal Zulhijjah wajar merebut peluang ini untuk memperbanyak amal soleh.
5. Amal soleh tersebut termasuk: solat, puasa sunat, sedekah, bacaan al-Quran, zikir, doa, taubat, tahmid, takbir, tahlil, amar makruf nahi mungkar, bantu orang susah, santuni anak yatim, beri makan fakir miskin dan seumpamanya.
30 Zulkaedah 1446H | 28 Mei 2025M
No comments:
Post a Comment