السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
MENSYUKURI NIKMAT
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم:
"انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ، فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اَللَّهِ عَلَيْكُمْ".
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu, kerana yang demikian itu lebih patut, agar kamu tidak memandang remeh nikmat yang telah Allah berikan kepada kamu.”
(Hadis Riwayat Muslim, No: 2963) – Status: Sahih
Pengajaran Hadis:
1. Setiap Muslim wajib bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan.
2. Antara cara untuk kekal bersyukur ialah dengan melihat orang yang lebih rendah nikmatnya berbanding kita dari sudut duniawi seperti kesihatan, harta dan kedudukan.
3. Sifat syukur mampu menjauhkan kita daripada sifat tamak, hasad dengki dan panjang angan-angan.
4. Jika kita kerap memandang orang yang lebih tinggi status dunianya, kita akan mudah merasa tidak cukup dan berhasrat untuk mengejar kekayaan hingga melupakan nikmat yang sedang dimiliki.
5. Sebaliknya, melihat orang yang lebih susah akan membuka mata kita terhadap nikmat besar daripada Allah, lalu menimbulkan rasa syukur, rendah diri dan semangat untuk berbuat kebaikan.
6. Dalam hal dunia, berusahalah sebaik mungkin, namun jangan sering memandang ke atas hingga lupa mensyukuri nikmat yang ada.
7. Firman Allah SWT:
لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”
(Surah Ibrahim: 7)
📅 01 Zulhijjah 1446H | 29 Mei 2025
No comments:
Post a Comment