السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
BERZIKIR MENGINGATI ALLAH SETIAP AKTIVITI
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
مَن قَعَدَ مَقْعَدًا لَمْ يَذْكُرِ اللَّهَ فِيهِ، كَانَ عَلَيْهِ مِنَ اللَّهِ تِرَّةٌ، وَمَن اضْطَجَعَ مُضْجَعًا لَمْ يَذْكُرِ اللَّهَ فِيهِ، كَانَتْ عَلَيْهِ مِنَ اللَّهِ تِرَّةٌ. وَمَا مَشَى أَحَدٌ مَمْشًى لَمْ يَذْكُرِ اللَّهَ فِيهِ، إِلَّا كَانَ عَلَيْهِ مِنَ اللَّهِ تِرَّةٌ
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang duduk di suatu tempat tanpa mengingati Allah di dalamnya, maka dia akan mendapat kerugian daripada Allah. Begitu juga, jika seseorang berbaring di suatu tempat tanpa mengingati Allah, maka dia akan mendapat kerugian daripada Allah. Dan sesiapa yang berjalan di suatu tempat tanpa mengingati Allah, maka dia juga akan mendapat kerugian daripada Allah.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4856 | Status: Hasan Sahih)
Pengajaran Hadis:
1. Zikrullah adalah jalan untuk meningkatkan hubungan kita dengan Allah.
2. Setiap Muslim perlu membiasakan diri menyebut nama Allah dalam semua keadaan — duduk, berjalan, atau berbaring — dengan memulakan setiap perbuatan dengan Basmallah atau doa.
3. Berzikir mengingati Allah adalah tanda syukur atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya. Amalan kecil seperti duduk, tidur dan berjalan boleh menjadi ibadah dengan niat yang betul.
4. Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari menjelaskan bahawa hidup seorang mukmin sepatutnya sentiasa dipenuhi dengan ingatan kepada Allah kerana seluruh hidup adalah ibadah.
5. Seseorang akan mengalami kerugian jika tidak menyebut nama Allah ketika melakukan aktiviti harian. Kerugian ini termasuk kehilangan pahala dan berkurangnya keberkatan.
6. Imam al-Nawawi dalam al-Minhaj menyatakan bahawa maksud "kerugian" ialah kekurangan dari segi pahala dan rahmat Allah ke atas seseorang.
7. Zikir yang berterusan dalam setiap keadaan menjadikan seseorang itu berada dalam perlindungan Allah dan memperoleh ganjaran yang besar.
15 Zulhijjah 1446H | 12 Jun 2025M
No comments:
Post a Comment