السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
DUA WAKTU DOA TIDAK DITOLAK
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
ثِنْتَانِ لاَ تُرَدَّانِ اَلدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ وَتَحْتَ الْمَطَرِ
Daripada Sahl bin Sa’ad RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika azan atau selepas azan dan doa pada waktu hujan turun.
(Hadis Riwayat al-Hakim, No: 2534 | Status: Hadis Sahih)
Pengajaran:
1. Doa adalah satu ibadah yang sangat dituntut kepada setiap Muslim.
2. Dua waktu istimewa yang doa padanya tidak ditolak: a. Doa ketika azan atau selepas azan – kerana ia waktu yang sangat hampir antara hamba dan Tuhannya.
b. Doa ketika hujan turun – kerana ia waktu turunnya rahmat Allah.
3. Imam An-Nawawi menyebut, antara sebab doa waktu hujan dimakbulkan adalah kerana curahan hujan adalah rahmat, terutamanya pada awal musim.
4. Ambillah peluang untuk memperbanyakkan doa semasa azan, sebelum iqamah, dan saat hujan turun – sama ada doa keampunan, rahmat atau hajat kehidupan.
📆 24 Zulhijjah 1446H | 21 Jun 2025M
No comments:
Post a Comment