Monday 29 April 2013

Muzium Coklat Kota Damansara Yang Pertama di Asia Tenggara


Info Muzium Coklat

Muzium Coklat seluas 3,000 kaki persegi di Kota Damansara adalah sebuah muzium milik persendirian yang dibuka pada bulan November 2012.

Di sini, anda boleh melihat demonstrasi secara langsung cara-cara pembuatan coklat buatan tangan serta mempelajari bagaimana imej dicetak ke coklat, kek dan biskut di dapur coklat.

Pada akhir lawatan, anda boleh membeli-belah coklat kegemaran anda pada harga lebih murah dari harga pasaran. Jenama yang dijual adalah jenama tempatan seperti Fidani, Danson dan Milton serta jenama antarabangsa terkenal seperti Ferrero dan Hershey di kedai runcit muzium.

Muzium ini dijangka menambah ruang makanan dan minuman serta mengadakan kelas membuat coklat untuk kanak-kanak dalam masa terdekat.



Lokasi & Bayaran Masuk :


* Lokasi: Selangor Sains Park 1, Jalan Teknologi 3/4, Kota Damansara
* Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (Isnin-Ahad) 10a.m– 5p.m.
* Masuk adalah PERCUMA



Aktiviti :

1. Merentasi masa mengenali sejarah kewujudan coklat di dunia yang       
    telahpun wujud lebih 3000 tahun dahulu.
2. Mengenali asal coklat dari pokok koko serta proses-proses bagi
    menghasilkan coklat
3. Pendedahan tentang kebaikan coklat sebagai antioksidan untuk       
    kesihatan
4. Menyaksikan demo dan seni membuat coklat
5. Shopping coklat fresh dari kilang


ALAMAT & NO TELEFON :

Chocolate Museum by Fidani @ Kota Damansara
DR Group Holdings Sdn Bhd
No. 2 Jalan Teknologi ¾,
Selangor Science Park 1,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,Selangor
Phone: +603 - 6143 3446, +603 - 6143 4460
Email: chocolatemuseum@drgroup.com.my

GPS coordinates: 3.156173 , 101.56892





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...