Tuesday 23 April 2013

Suarez Bagi Gigitan Pontianak Kat Ivanovic



PENYERANG Liverpool Luis Suarez bakal menghadapi hukuman gantung tiga perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) kerana menggigit pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic, Ahad lepas ketika pasukannya seri 2-2 di Anfield.

"Suarez mempunyai masa sehingga hari ini untuk menjawab pertuduhan sebelum sebuah suruhanjaya kawal selia bebas akan diadakan pada esok," katanya.

Susulan insiden itu, pemain berusia 26 tahun ini dilaporkan tampil memohon maaf secara peribadi kepada Ivanovic dan semua orang di Liverpool.

Suarez juga pernah digantung lapan perlawanan selepas FA mengambil tindakan disiplin ke atas kes perkauman yang ditimbulkan Suarez dengan pemain Manchester United, Patrick Evra pada perlawanan 15 Oktober lepas.

Ini bukan kali pertama tindakan nakal Suarez menggigit pemain lawan. Ketika beliau menyarung jersi Ajax Amsterdam, Suarez pernah menggigit bahu pemain PSV, Otman Bakkal sekali gus dikena hukuman penggantungan tujuh perlawanan dan didenda pasukannya sendiri.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...