Wednesday 24 April 2013

Suarez Digantung 10 Perlawanan


LONDON: Penyerang Liverpool, Luis Suarez digantung 10 perlawanan oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris atas kesalahan melakukan keganasan dengan menggigit pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic.

Suarez menerima pertuduhan melakukan keganasan selepas insiden yang berlaku dalam perlawanan Liga Perdana di Anfield yang berkesudahan seri 2-2, namun mempersoalkan pandangan FA bahawa dia patut digantung lebih daripada 3 perlawanan atas kesalahannya.

Suruhanjaya Bebas yang bersidang di London semalam untuk membuat keputusan mengenai tempoh penggantungan sesuai buat penyerang antarabangsa Uruguay itu menambah tujuh perlawanan sebagai tambahan kepada tiga yang lazimnya dijatuhkan untuk kesalahan melakukan keganasan.
Penggantungan berkuat kuasa serta-merta bermakna Suarez akan terlepas empat aksi perlawanan terakhir dan enam perlawanan pertama liga musim depan.

Liverpool, yang terkejut dengan keputusan berkenaan, mempunyai masa sehingga Jumaat ini untuk membuat rayuan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...