Sunday 28 April 2013

Tarikh akhir hantar borang BE melalui e-Filing dilanjutkan sehingga 15 Mei (LHDN)

KUALA LUMPUR - Tarikh akhir untuk mengembalikanborang penyata cukai pendapatan bagi punca pendapatan bukan perniagaan (Borang BE) dan bayaran baki cukai kena dibayar melalui sistem e-Filing dilanjutkan sehingga 15 Mei ini.
    
Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Masrun Maslim berkata ini bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan sistem elektronik itu yang lebih mudah dan cepat.
    
"Bagaimanapun, bagi mereka yang mengisi borang secara manual, tarikh akhir kekal pada Selasa ini dan kita galakkan mereka menghantar melalui pos di mana borang-borang itu akan diterima LHDN selewat-lewatnya 3 Mei," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.


Sehingga kini, Masrun berkata sebanyak 1.5 juta pelbagai borang penyata cukai pendapatan telah diterima melalui e-Filing berbanding 1.4 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Menurut laman web LHDN, tarikh akhir permohonan baru pin untuk e-Filing melalui e-mel bagi penghantaran Borang BE ialah 30 April 2013. - Bernama



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...