Thursday 25 April 2013

Model Baru Toyota Vios 2013















The New Toyota Vios 2013 telah di lancarkan di Thailand

yang bertempat di pameran automotif Bangkok International 
Motor Show 2013. Walaubagaimanapun, pasaran Malaysia 
ke atas model ni masih belum diketahui bila akan sampai. 
Namun dijangkakan paling awal adalah pada akhir tahun ni.

Berkenaan teknologi enjinnya, Toyota Vios 2013 masih 
mengekalkan penjana kuasa sebelumnya, dilengkapi enjin 
1NZ-FE 1.5 liter dengan kuasa 109ps bersama-sama tork 
maksimum 141Nm. Sistem transmisinya juga masih mengekalkan 
kotak gear automatik empat kelajuan, termasuk versi manual 
lima kelajuan. Toyota mungkin mempunyai alasan tersendiri 
kenapa tiada perubahan yang berlaku di bahagian tersebut.

Sistem gantungan (suspension) juga antara yang menjadi tanda 
tanya, memandangkan ramai di antara kita yang menginginkan 
sebuah Vios dengan karektor bercirikan perlumbaan, namun 
mungkin sedikit hampa apabila sistem gantungan belakang 
masih mengekalkan ‘Torsion beam with stabilizer’, digandingkan 
bersama ‘Mcpherson strut with stabilizer’ di bahagian depannya.


Berikut adalah harga Toyota Vios 2013 iaitu :
1. Toyota Vios 1.5S (4A/T) – 734,000 THB (RM77,597.75
2. Toyota Vios 1.5G (4A/T) – 699,000 THB (RM73,897.58
3. Toyota Vios 1.5E (4A/T) – 649,000 THB (RM68,611.63
4. Toyota Vios 1.5E (5M/T) – 614,000 THB (RM64,911.47
5. Toyota Vios 1.5J (4A/T) – 589,000 THB (RM62,268.49
6. Toyota Vios 1.5J (5M/T) – 559,000 THB (RM59,096.92)

** harga ini bukan harga jualan di Malaysia, kena tunggu 
harga pasaran Malaysia sebenar.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...