السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
◾
BERSAMA-SAMA ORANG YANG DICINTAI DI AKHIRAT
◾
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ السَّاعَةِ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ وَمَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا قَالَ لَا شَيْءَ إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ
قَالَ أَنَسٌ فَمَا فَرِحْنَا بِشَيْءٍ فَرِحَنَا بِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ
قَالَ أَنَسٌ فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي إِيَّاهُمْ وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ
◾
Daripada Anas RA, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hari kiamat. Lelaki itu bertanya, “Bilakah berlakunya hari kiamat?”
Rasulullah SAW bertanya kembali, “Apakah yang telah engkau persiapkan untuknya?”
Lelaki itu menjawab, “Aku tidak menyediakan apa-apa, melainkan aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.”
Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai.”
◾
Anas RA berkata, “Kami tidak pernah bergembira dengan sesuatu kegembiraan seperti kegembiraan kami ketika mendengar sabda Nabi SAW: ‘Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai.’”
Anas RA berkata lagi, “Aku mencintai Nabi SAW, Abu Bakar dan Umar. Aku berharap dapat bersama mereka dengan sebab kecintaanku kepada mereka, walaupun aku tidak mampu melakukan amalan seperti amalan mereka.”
◾
Sumber hadis: Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Status: Hadis Sahih
◾
Pengajaran:
Menjadi tanggungjawab orang yang tidak mengetahui untuk bertanya kepada orang yang berilmu terhadap perkara yang tidak difahami.
Setiap mukmin wajib mempersiapkan diri dengan iman dan amal soleh sebagai bekalan menghadapi akhirat.
Cinta yang ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya merupakan amalan hati yang sangat bernilai di sisi Allah.
Seseorang akan dihimpunkan di akhirat bersama orang yang dicintainya, walaupun amalannya tidak setara dengan mereka.
Mencintai Rasulullah SAW, para sahabat dan orang-orang soleh adalah tanda keimanan yang benar.
Hadis ini menanamkan harapan bahawa rahmat Allah bukan hanya dinilai pada banyaknya amalan, tetapi juga pada keikhlasan dan kecintaan yang tulus.
◾
06 Rejab 1447H / 27 Disember 2025
No comments:
Post a Comment