Tuesday 11 December 2012

Lawak - CEO Baru



Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya.
Dari beribu permohonan, hanya empat yang layak…
Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau…

CEO tadi pun mula berkata ;
Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza,
calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk
bekerja di sini ”
Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”
“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ”

Calon kedua.
“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ”

Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.
Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan itu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.
“Jawapan yang terhebat setakat ni.

CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi
eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan
yang sangat bagus sebentar tadi.

Calon Keempat menjawap…’saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah
CIRIT-BIRIT ” dengan penuh yakin sekali.
“Haaa…? CIRIT-BIRIT ?
Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

“Begini tuan, malam tadi saya terjaga di tengah malam
dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU,
benda tu dah terkeluar dah”
Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru
syarikat berkenaan.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...